Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)


Salam sejahtera,

Tahukan anda yang ‘Calcium Sulfate Dihydrate‘ atau nama ringkasnya Gypsum yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, ceilling, drywall dan plaster rumah juga ada di dalam taufufah? Sos cili, kicap dan taucu yang kita beli dan makan itu pun sebenarnya ada bahan kimia yang dibenarkan.

Jadi bagaimana pula dengan perisa yang digunakan untuk rokok elektronik (RE)? Sama juga, bahan yang ada ialah propylene glycol (PG) atau vegetable Glycerin (VG). Nama lain bagi VG ialah lemak sayuran. Dua bahan ni memang ada dalam industri pembuatan kek.

Rakyat Malaysia apabila mengetahui sahaja ada bahan kimia dalam sesuatu produk maka akan terbit rasa keraguan. Tanpa usul periksa terus menolak produk berkenaan. Apa sebenarnya bahan kimia? Kimia ialah cabang ilmu mengkaji komposisi dan sifat sesuatu. Ambil garam, buat kajian mengenai sifatnya dan namakannya, jadilah sodium klorida (sodium chloride). Kalau saya kata sodium klorida ada dalam gulai lemak cili api, adakah maknanya ada bahan kimia dalam gulai itu? Tentulah ada. Boleh pulak makan ke?

Sebenarnya semua produk makanan mengandungi bahan kimia yang dibenarkan dan mematuhi ukuran yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu. Dalam kes ini, pengeluar produk makanan sering merujuk kepada U.S Food and Drugs Administration (FDA) dan lain-lain agensi yang diiktiraf di Asia.

Jadi kalau ada orang tanya saya adakah RE ini bahaya? Maka saya akan tanya balik, “Rokok tembakau tu tak merbahaya ke?” Makan kek tak bahaya tapi hisap RE bahaya?! Apa yang pasti RE tiada TAR. Ambil kertas tisu putih hembus asap rokok tembakau padanya. Sudah tentu berubah warnanya manakala RE pula hanya WAP. Hembus WAP warna tisu tadi masih putih bersih.

Saya tidak berhasrat melonggokkan semua informasi di sini. Cukup bagi saya meletakkan nama tertentu dan saudara saudari gunakannya sebagai sintaks untuk lakukan carian. Saya hanya boleh mengesyorkan forum yang ada membicarakan mengenai PG dan VG iaitu:

1. Vapersforum

2. E Cigarette Forum

3. Perfect Electronic Cigarette

4. FDA

20 Februari 2011 nanti, genap 14 minggu saya telah berhenti merokok (tembakau). Sehingga hari ini (18 Februari), alhamdulillah tiada lagi tanda-tanda bahaya yang melanda saya. Saya hisap wap bukan lagi hisap asap!!! Kalau masih tak yakin, tunggu dan lihat rakan-rakan anda yang sudah pun memulakan penggunaan RE.

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2. NEW
  18. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook

Jumpa lagi.

Jika ada maklumat saya yang tidak betul, sila berikan komentar anda di bawah.


This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

19 Responses to Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)

  1. Pingback: Dilema rokok elektronik | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia | Komentar Umum Inaiputih

  3. Ingin Tahu berkata:

    Saya pernah terbaca mengenai e-cig yg menggunakan liquid nicotine atau cecair mengandungi ‘nicotine poisoning’. Apa pandangan anda ?

    • inaiputih berkata:

      Bukan sekadar nicotine sahaja yang saudara perlu risau, malah botol plastik yang digunakan untuk mengisi perisa ini juga merbahaya jika telah melebihin enam bulan. Han Seng, salah satu syarikat yang mengeluarkan perisa dari China juga telah menukar botol baru yang didakwa oleh mereka agak kurang merbahaya berbanding botol dari keluaran syarikat lain. Pada saya tiada botol yang digunakan melebihi seminggu, habis pakai terus saya buang dan tidak di ulang guna. saudara boleh buat kajian lanjut di intenet.

      Untuk makluman saudara, saya bukanlah ahli kimia atau pakar perubatan yang layak untuk memberi komen secara saintifik. Pendapat saya berdasarkan penggunaan dan kajian ringkas yang saya lakukan di internet.

      Berdasarkan pada pembacaan saya saya tidak menolak bahawa kemungkinan nicotine poisoning itu ada pada perisa rokok elektronik. Itu sebab kebanyakannya penjual perisa rokok elektronik dari USA dan China tidak menggalakkan penggunaan nicotine melebihi 16 mg dalam setiap formula campuran mereka. Saya akui memang ada nicotine 24 mg di pasaran Malaysia, tapi amat kurang. Ada kajian menunjukkan bahawa tahap nikotin dari perisa e cig adalah lebih rendah berbanding dengan rokok tembakau atau tembakau itu sendiri. Dalam erti kata lain, kaitan nicotine poisoning dengan perisa rokok elektronik adalah relatif rendah.

      Keduanya, saya selalu mengamalkan pencucian clearomizer yang saya selalu gunakan untuk mengelakkan risiko toksik pada gegelung. ketiganya jangan dibiarkan botol yang ada perisa tinggal dalam kereta yang berjemur tengah panas. Suhu panas berkemungkinan akan menukarkan rasa pada perisa. Tapi saya bukanlah saintis untuk mengesahkan bahawa perisa tadi akan menjadi toksik apabila suhu berubah.

      Mengenai perisa rokok elektronik ini saya amat suka merujuk kepada laporan dari Dr Murray Laugesson di http://www.healthnz.co.nz/ecigarette.htm. Dr Murray ini mewakili badan bebas yang sering melakukan kajian mengenai rokok elektronik ini.

      Terima kasih saya ucapkan kepada saudara kerana sudi berbincang.

  4. Hafez berkata:

    saya dah 39 bulan tak merokok ‘asap’ mahupun ‘wap’…terima kasih sebab memberikan informasi yang menjadi inspirasi kpd saya untuk terus berhenti merokok….

  5. saleh berkata:

    dah 8 bulan tinggalkan asap.. tapi semenjak kebelakangan ni tertarik untuk hisap wap sebab rasa bosan tak ada nak buat apa.. 😉

  6. Eka berkata:

    Tolong Infonya Untuk wilayah Batam Indonesia, dimana Jual Perisa Rokok elektronik…? Trimakasih

  7. naquiddin berkata:

    saya baru nak mencuba tukar rokok kepada isap wap ni…. satu keraguan sahaja mengenai wap. wap air ke wap apa yer? setahu saya la melalui pengalaman yang tak seberapa ni wap air sekiranya disedut terus ke paru-paru boleh sebabkan paru-paru berair… apa pendapat? sy baru nak mencuba….

    • inaiputih berkata:

      Paru-paru berair disebabkan oleh virus bukannya wap. Sila saudara baca tajuk lain dalam blog saya ni berkenaan bahan yang ada dalam liquid.

  8. Thanks for any other magnificent article.
    Where else could anyone get that type of info in such
    a perfect method of writing? I’ve a presentation next week, and I’m at
    the search for such information.

  9. It is not my first time to visit this web page, i
    am visiting this website dailly and get pleasant data from here all the time.

  10. Layanan Bisnis Pulsa Dan Token PLN berkata:

    Excellent, what a website it is! This blog gives useful information to
    us, keep it up.

  11. Sven berkata:

    You need to comprehend the full terms of these to obtain the offers plus special offers that are available to give you additional savings.
    Having your private money in-order and retaining these like
    that is an important talent – probably a more significant one
    currently than ever before.

  12. 188betcasino berkata:

    What’s up to every one, the contents present at this site are really remarkable for
    people knowledge, well, keep up the nice work fellows.

  13. 相互リンク berkata:

    アクセスアップヘルプリンク集です。貴方だけの個別の独占使用ページを作製するSEO対策を施しています。

  14. My partner and I stumbled over here from a different website
    and thought I might as well check things out.
    I like what I see so now i am following you. Look forward to
    going over your web page yet again.

  15. かなりおもしろい記事ですね。
    私もpharmacistなんですが、前は給料が低い上に、人間関係にも悩んでいて転職を考えていました。
    pharmacistというと食べるには難儀しないと思われがちですが、思うように福利厚生のしっかりした就職先を見つけることはできませんでした。
    そんな僕も必死の思いで条件のよい転職先に就職することができたんです。賢く理想的な転職先をみつけるコツをブログにまとめています。ぜひブログに遊びに来てくださいね。

Tinggalkan Jawapan kepada Hafez Batal balasan