Kejayaan Datuk Nicole David Tidak Mengajar Kita?


Gambar ehsan olympic.org.my

Jika setakat mengenali Datuk Nicole sebagai jaguh skuasy dunia dan kini bergelar Datuk, maknanya tak banyak yang rakyat Malaysia pelajari dari kejayaan beliau. Apa yang hebat sangat Datuk Nicole jika dibandingkan dengan Datuk Lee Chong Wei? Apatah lagi kalau dibandingkan dengan populariti Lionel Messi pemain bolasepak dari Argentina?

Tak ramai yang tahu bahawa Datuk Nicole kini menjadi ikon kejayaan yang bertaraf dunia. Kenapa? Kita lihat fakta berikut :

  1. Wanita pertama dari Asia yang menduduki ranking nombor 1 dunia;
  2. Wanita paling muda menjadi pemain nombor satu dunia (pada tahun 2005 ketika umur beliau 22 tahun);
  3. Individu pertama menjuarai kejohanan terbuka dunia untuk lima tahun berturut-turut dari 2005-2010. Sarah Elizabeth Fitz-Gerald, pemain skuasy dari Australia juga pernah menjuarai kejohanan dunia sebanyak lima kali tetapi tidak berturut-turut (1996, 1997, 1998, 2001 and 2002)([1]

Sebelum mencapai ke tahap ini beliau telah mula digeruni diperingkat Asia dengan dengan memenangi beberapa kejohanan pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004 and 2006.

Nyata sekali beliau merupakan ikon dunia jenama Malaysia. Apa yang kita pelajari dari beliau? Kalau tuan/puan pembaca membuat sedikit kiraan berapakah umur beliau pada ketika itu? Bila masa beliau belajar? Walau bagaimanapun tiada maklumat yang tepat mengenai keputusan peperiksaan PMR dan SPM beliau. Paling banyak melaporkan beliau telah memperolehi 7A semasa Penilaian Menengah Rendah dan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Maklumat ini perlu diselidiki lagi.

Tetapi persoalan yang patut kita fikirkan ialah

  1. Bagaimana beliau membahagikan masa? Time management adalah elemen penting yang perlu kita pelajari dari beliau.
  2. Apakah sumber inspirasi yang membuatkan beliau bermotivasi tinggi untuk mencapai tahap nombor satu dunia. Setiap individu yang berjaya mesti ada sumber inspirasinya.
  3. Apakah kaedah yang beliau gunakan untuk mengumpul maklumat lawan sebelum turun bertanding? Mengurangkan risiko saingan merupakan salah satu faktor yang perlu ada sebagai strategi utama.
  4. Apakah visi beliau semasa muda sebelum mencapai tahap tinggi ini?

Sama-sama kita belajar dan selidik. Inaiputih akan melakukan sedikit penyelidikan mengenai ikon kejayaan dari Malaysia untuk dikongsi bersama dan dimuatkan pada topik akan datang. Insyallah.

Topik lain – Kejayaan Datuk Chef Wan (Anugerah Gourmand World Cookbook – Bertaraf Antarabangsa)

Rujukan :

  1. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/sm06.php
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
  3. http://berita-harian-online.com
  4. http://www.kbs.gov.my/index.php/en/component/content/135?task=view
About these ads
This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kejayaan Datuk Nicole David Tidak Mengajar Kita?

  1. Pingback: Sir Tony Fernandez atau Stephanie? Pheeewiittt !!! | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Tahukah anda individu-individu cap Malaysia di peringkat antarabangsa? | Komentar Umum Inaiputih

  3. Pingback: Logo Halal Dari Negara Lain Tidak Boleh Pakai? | Komentar Umum Inaiputih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s