Strategi Lautan Biru


Berita Harian Online hari ini (5 April 2011) memetik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyarankan supaya penjawat awam menerapkan empat elemen penting Strategi Lautan Biru (SLB) iaitu, ‘kurangkan, hapuskan, wujudkan dan menambah peluang‘ ketika melaksanakan tugas supaya pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam terus meningkat.

Datuk Seri Najib turut menegaskan bahawa Strategi Lautan Biru juga menyokong agenda utama kerajaan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah.

Kepada tuan puan pembaca, bagaimana hendak memahami secara mendalam akan konsep Strategi Lautan Biru ini? Strategi Lautan Biru diperkenalkan oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne dari Institut Strategi Lautan Biru melalui karya mereka Blue Ocean Strategy. Strategi Lautan Biru sebenarnya adalah satu kepercayaan bahawa sesebuah organisasi yang sedang membangun boleh mencipta permintaan baru dalam ruang pasaran yang tiada saingan. Ruangan pasaran yang terlalu banyak saingan pula dinamakan sebagai Lautan Merah. Inilah kata kuncinya iaitu “SAINGAN“.

Persoalan yang timbul kini ialah bagaimana hendak memahami dan menerapkan konsep Strategi Lautan Biru ini dalam tugasan seharian?

Untuk itu ucapan Datuk Seri Najib semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri telah dipetik sebagai berkata, “Kita anggap prinsip ini sebagai ‘empat suku atau quadrant’.

Kalau nak dipercepatkan sistem penyampaian, kita kena masuk suku ‘kurangkan’, seperti dilakukan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

Suku ‘hapuskan’ pula diguna pakai apabila ada ketirisan atau kerugian. Kita cuba hapuskan. Umpamanya, isu yang gemparkan kita, iaitu tindakan terhadap pegawai kastam, kita nak banteras salah guna kuasa, pembaziran dan rasuah.

Menambah peluang pula bermakna kita memberi nilai tambah dalam pengurusan dan pentadbiran bagi meneroka peluang baru. Kita guna apa saja pendekatan pengurusan dan pemikiran lebih kreatif supaya pencapaian kita berhasil mencapai matlamat.”

Beliau turut mengingatkan bahawa kerja tambahan tidak seharusnya bermakna perlu ada penambahan bajet atau jumlah kakitangan, sebaliknya strategi harus menjadi pedoman bagi mengurangkan tenaga kerja dengan menghapuskan apa yang tidak perlu, sekali gus mewujudkan peluang baru dan menambah bidang baru untuk diceburi.

Beliau juga mengingatkan satu daripada tonggak utama pihak pentadbiran adalah berlandaskan kepada dasar bahawa kerajaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan penjawat awam mesti adil kepada segenap lapisan masyarakat.

Topik Lain -

  1. “Strategi Lautan Biru Dengan Agensi Kerajaan.”
  2. Strategi Launtan Biru : Ringkasan Kandungan (1)

Rujukan -

  1. Berita Harian Online;
  2. Wikipedia;
  3. Laman web Institut SLB;
  4. Laman Web Technoparktoday; dan
  5. Laman Web BOS.
  6. Bernama through Berta Harian.
Website optimized using these automated SEO Tools.
http://www.cumberlandlondon.com
Powered by Best Free Counters
About these ads
This entry was posted in Ulasan Buku and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Strategi Lautan Biru

  1. Pingback: Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda? | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1) | Komentar Umum Inaiputih

  3. So having enough chicken recipes in the kitchen would be rewarding.
    When a coating such as bread crumbs are applied to the meat the flavors and coating will cover a greater amount of the meat’s surface offering more of these flavors per bite. In a casserole, bring to boil 2 cup of water with chicken feet, put fire into low and simmer 10 minute.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s