Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda?


Free Homepage Translation
Artikel saya yang lalu ada menyentuh mengenai ucapan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mengenai Strategi Lautan Biru (SLB) semasa perhimpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri pada 4 April yang lalu.

Anda telah pun tahu bahawa ucapan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib adalah berdasarkan kepada karya  W. Chan Kim and Renée Mauborgne dalam buku mereka Blue Ocean Strategy dan anda mungkin telah membacanya. Selalunya setelah membaca karya-karya hebat ini akan timbul soalan – Bagaimana hendak mempraktikannya? Atau bagaimana hendak mengukur kemampuan organisasi anda bersandarkan kepada teori-teori SLB?

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, saya syorkan supaya anda membuat analogi antara “lautan” dengan organisasi anda terlebih dahulu. Apakah erti “Lautan” pada organisasi anda?

Jika organisasi anda ialah sebuah syarikat tidak kira sama ada kecil atau besar, lautan mungkin bererti pasaran produk anda. Ianya juga membayangkan hal-hal yang berkaitan produk anda seperti saingan, kos dan sebagainya.

Jika organisasi anda ialah agensi kerajaan, apakah pula maksud “lautan” itu? Jabatan kerajaan mana ada jalankan perniagaan? Ini satu soalan menarik. Saya pernah bawa berbincang dan mengadakan sesi percambahan fikiran secara tidak formal di kedai kopi dengan rakan-rakan saya dari sektor kerajaan.

Banyak juga jawapan yang saya perolehi dan secara tidak lansung meransang fikiran saya. Antara jawapan yang diperolehi ialah :

  1. Memang agensi kerajaan tidak menjalankan aktiviti perniagaan tetapi kalau ada aduan kerana tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan, itulah namanya saingan. Jadi anda perlu berusaha untuk mengurangkan aduan dan meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Inilah lautan anda iaitu Lautan Aduan.
  2. Anda telah menerima arahan untuk menganjurkan kursus tetapi bajet amat terhad. Bagaimana hendak melaksanakannya? Adakan projek smart-partnership dengan sektor swasta. Sektor swasta boleh menawarkan tempat latihan dan menampung kos makanan serta minuman tetapi dalam masa yang sama sektor swasta itu diberi ruang untuk memperkenalkan produk mereka kepada peserta kursus. Win Win situation.
  3. Agensi anda ada polisi baru yang hendak diimplementasikan tetapi melibatkan kos yang tinggi bila hendak mempromosikannya. Bagaimana hendak mengurangkan kos? Anda boleh menawarkan kepada mana-mana syarikat swasta untuk mencipta kaedah promosi di samping mengiklankan produk mereka secara percuma.
Sila kongsi di Facebook

Sudah tentu akan ada sedikit halangan untuk melaksanakan idea yang dianggap pelik atau gila. Tetapi dengan penyampaian yang disertakan dengan data dan fakta yang tepat serta meyakinkan, sudah tentu tidak ada bos yang akan menolakkanya?

Kalau dulu sponsor dari syarikat swasta akan dianggap sebagai salah satu ciri rasuah maka anda dari jabatan kerajaan boleh mengajukan satu panduan kepada pengurusan atasan supaya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai sponsorship ini. Zaman sudah berubah! :-)

Rajin-rajin adakan percambahan fikiran. Sekian jumpa lagi.

Tajuk Lain -

  1. SLB Dalam Perkhidmatan Awam – Ucapan Najib
  2. Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1)”
Check out My SEO Tools



About these ads
This entry was posted in Ulasan Buku, Umum and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda?

  1. Pingback: Strategi Lautan Biru | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1) | Komentar Umum Inaiputih

  3. Pingback: Hari Pekerja 1 Mei dan Gaji Sejam Anda Di Malaysia. | Komentar Umum Inaiputih

  4. Pingback: Dropship Cara Perniagaan Yang Bahaya? | Komentar Umum Inaiputih

  5. Pingback: Apa beza Chernobyl, Fukumi, K-431 dan USS Nimitz? | Komentar Umum Inaiputih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s