Rokok Elektronik Jenama EPOWER


Alhamdulillah, hampir seminggu saya mencuba rokok elektronik EPOWER ini. Memang setanding dengan jenama EGO dan KGO. Bermula dengan penggunaan pengabusnya (atomizer) sendiri hinggalah menggunakan CE2R4 mod. Memang wap yang keluar adalah setanding dengan EGO dan KGO.

Berikut adalah ulasan saya yang tersendiri :

  • Tempoh masa sebelum caj semula

Dari hari pertama saya diberi, terus saya guna sehinggalah kuasa bateri habis. Masa penggunaan untuk perokok tegar seperti saya ialah 36 jam. Cukup lama !! Tapi harus diingat ! Tempoh 36 jam ini mungkin akan bertahan selama 3 atau 4 bulan pertama sahaja. Seperti bateri telefon bimbit, prestasi bateri rokok elektronik ini akan berkurangan menjadi paling kurang 24 jam sebelum dicaj semula. Ini adalah normal, mana-mana jenama baru memang begini.

Tetapi jika anda adalah mild smoker, saya rasa tempoh pengunaan sebelum caj semula mungkin mengambil masa 5 hingga 7 hari. :-)

  • Keselamatan dan litar pintas (cut off)

Tahap keselamatan jenama ini adalah tinggi. Pakej yang ditawarkan ada menyertakan sekali penutup suis. Penutup ini adalah bagus kerana ianya berfungsi untuk menghalang suis dari hidup tanpa disedari. Tempoh masa cut off ialah 20-24 saat – maksudnya jika anda menekan suis terus menerus tanpa henti, ianya akan pintas pada saat yang ke 24. Ini menunjukkan pengeluar jenama ini memang mengikut peraturan elektronik antarabangsa.

Bayangkan jika anda meletakkan rokok elektronik Epower ini dipoket baju anda dan anda tertidur. Insyallah ianya tidak akan menyala sebab suisnya telah ditutup.

  • Kuasa wap dan sensitiviti tekak (Throat heat)

Kepulan wap adalah tebal seperti juga ketika anda mengguna jenama EGO atau KGO. Saya mengambil kesempatan ini dengan menggunakan perisa redbull dan lime mint serta dicampurkan dengan double mint. Fuhhhh sedapppp …. dan bau redbull atau lime mint dari USA ini memang wangi dan akan menarik perhatian orang di sekeliling anda. Tiada masalah dengan mana-mana perisa.

Bau yang wangi yang dikeluarkan bagi mereka yang biasa dengan EGO dan KGO dan biasa dengan perisa dari USA tetap sama.

  • Keserasian dengan aksesori lain (compatibility)

Skru pada bahagian atas bateri memang serasi dengan CE2R4 dan cartomizer lain termasuk jenis mod saiz 510. Tiada masalah. Jadi kepada pengguna rokok elektronik lain tu bolehlah buat pertimbangan.

  • Kelebihan lain.
  1. Tidak perlu bawak dua kelongsong bateri jika hendak ke mana-mana. Ini disebabkan jenama Epower ini tidak seperti EGO dan KGO kerana baterinya boleh dikeluarkan dari kelongsong dan digantikan dengan bateri baru. Maknanya bateri tambahan yang kecil itu hanya perlu disimpan dalam poket sahaja.
  2. Pengecajnya yang kecil tidak membebankan atau tidak mengambil ruang simpanan yang banyak. Tam,bahan ianya tidak menggunakan wayar yang panjang.
  • Kelemahan
  1. Tiada banyak kelemahan yang ketara. Cuma saiz suisnya yang leper menyebabkan pengguna EGO seperti saya akan rasa kekok pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan saya boleh membiasakan diri.

~ooOOOoo~

Kongsi maklumat ini di Facebook

Pakej yang diberikan:
Atomizer: 2 unit
Bateri: 2 unit boleh caj semula 1050mah
Bekas Bateri: 1 unit
Suis PCB : 1 unit
Pengecas: 1 unit (Single)
Katrij: 5 unit (perisa Marlboro);

Termasuk buku panduan atau manual.
Jaminan 3 bulan untuk PCB, Pengecas, Bateri.

Spesifikasi EPower:

Panjang(mm): 147
Ukurlilit(mm): 17
Berat (g): 60.4
Bilangan sedutan (puffs): 500
Kapasiti Bateri (Mah): 1050
Tempoh mengecaj( jam): 4
Input voltage(v): 3.7
Work voltage(v): 3.7

Harga PROMOSI – RM300 – TITANIUM AND SILVER

Saudara/i pembaca boleh menghubungi saudara Rizani atau Fairul di laman web niaga mereka iaitu :

  1. http://biz4u.jimdo.com/rokok-elektronik/
  2. http://mr5rule.com/erokok-ecigarette/

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia. NEW!!!!
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook
About these ads
This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Rokok Elektronik Jenama EPOWER

  1. Pingback: Rokok Elektronik, Tv9 dan Rizani | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB? | Komentar Umum Inaiputih

  3. Pingback: Rokok Elektronik Jenama EPOWER | My Rokok Elektronik

  4. I quite like reading a post that can make men and women think.
    Also, many thanks for permitting me to comment!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s