Pesan Syaitan Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Entah kenapa, kali ini keseronokan menanti kehadirannya tidak seperti sebelum ini. Apakah istimewanya tahun ini berbanding tahun sebelumnya? Mungkin tahun ini kali pertama saya berpuasa dan berbuka tanpa merokok? Tak tahulah nak kata macam mana.

Tetapi seperkara yang menarik dan hendak dikongsikan dengan saudara ialah melalui cerita yang pernah diceritakan oleh arwah opah kepada saya semasa masih kecil. Bila dikenang balik, bagus juga kaedah opah saya mengajar dan mendidik saya tentang agama.

Kisahnya ialah pesan syaitan kepada rakan-rakannya pada penghujung Sya’aban. “Nafs Makan … kalau boleh berilah nikmat pada perut dan rasa pada lidah manusia ya. Supaya bila manusia berbuka, dia akan berbuka dengan rakus dan tidak mengikuti sunnah nabi Muhammad. Itu sudah menjadi kemenangan untuk aku, walaupun kena belenggu sepanjang ramadhan ini.”

“Bila sahur pun macam tu juga. Berikan rasa nikmat sehingga manusia jadi pelahap walupun sahur. Seolah-olah makanan itu tidak akan diperolehi semasa berbuka nanti.  Bila sahur dah makan banyak, maka badan nak tidur sebelum menunggu waktu subuh. Bila sahur dah makan banyak, badan akan panas maka datang pula hasrat nak pasang air-cond atau kipas supaya sejuk. Bila sejuk  nanti rakan kamu Nafs Tidur akan menjalankan peranannya.”

“Nafs Tidur … sepanjang ramadhan aku tidak dapat nak memberatkan matanya supaya manusia susah bangun untuk solat subuh. Jadi bekerjasamalah dengan Nafs Makan ya. Bila dia tidak mengikuti sunnah Rasul mengenai cara-cara makan … itu pun sudah jadi kemenangan untuk aku. Bila manusia makan dengan banyak … dia akan jadi malas dan kuat tidur.”

Hmmm mudah sahaja ceritanya tetapi bila dikenang kembali, itu bukan sekadar cerita sahaja.  Memang ada dalam hadis mengenai kaedah makan dan tidur, cuma keadah penyampaian opah saya ialah dalam bentuk bercerita dan diolah supaya sesuai dengan kanak-kanak.

macam mana kita hendak didik anak kita mengenai puasa ni? Jom sama-sama kita fikir.

Posted in Umum | Tagged | Tinggalkan komen

Apple Store Press Release – Ipad2 in Malaysia

Ok guys here it comes, this time it’s not a hoax –

CUPERTINO, California—April 27, 2011—Apple® today announced that iPad® 2, the second-generation of its breakthrough post-PC device, will arrive in Japan on Thursday, April 28 and Hong Kong, Korea, Singapore and eight additional countries on Friday, April 29. iPad 2 will be available at Apple retail stores at 9 a.m. local time, select Apple Authorized Resellers, and online through the Apple Store® (www.apple.com) beginning at 1 a.m. Additionally, iPad 2 with Wi-Fi will be available in China beginning Friday, May 6.

iPad 2 features an entirely new design that is 33 percent thinner and up to 15 percent lighter than the original iPad, while maintaining the same stunning 9.7-inch LED-backlit LCD screen. iPad 2 features Apple’s new dual-core A5 processor for blazing fast performance and stunning graphics and now includes two cameras, a front-facing VGA camera for FaceTime® and Photo Booth®, and a rear-facing camera that captures 720p HD video, bringing the innovative FaceTime feature to iPad users for the first time. Though it is thinner, lighter, faster and packed with new features, iPad 2 still delivers up to 10 hours of battery life* that users have come to expect.

Pricing & Availability
iPad 2 with Wi-Fi will be available in Japan on April 28 and Hong Kong, India, Israel, Korea, Macau, Malaysia, Philippines, Singapore, South Africa, Turkey and UAE on April 29 for a suggested retail price of $499 (US) for the 16GB model, $599 (US) for the 32GB model and $699 (US) for the 64GB model. iPad 2 with Wi-Fi + 3G will be available for a suggested retail price of $629 (US) for the 16GB model, $729 (US) for the 32GB model and $829 (US) for the 64GB model. iPad 2 with Wi-Fi will be available in China on May 6, and further international availability will be announced at a later date.

iMovie® and GarageBand® for iPad apps are available for $4.99 (US) each from the App Store℠ on iPad or www.itunes.com/appstore. The Smart Cover is available in a range of colors in vibrant polyurethane for $39 (US) or rich leather for $69 (US).

*Battery life depends on device settings, usage and other factors. Actual results vary.

Apple designs Macs, the best personal computers in the world, along with OS X, iLife, iWork and professional software. Apple leads the digital music revolution with its iPods and iTunes online store. Apple has reinvented the mobile phone with its revolutionary iPhone and App Store, and has recently introduced iPad 2 which is defining the future of mobile media and computing devices.

Source : http://www.apple.com/pr/library/2011/04/27ipad.html

Let’s convert it with Malaysian Ringgit (for today currency rate 29 April 2011)

iPad 2 with Wi-Fi without 3G

$499 (US) 16GB model –  RM1,479.31
$599 (US) 32GB model – RM1,775.76
$699 (US) 64GB model –RM2,072.22

iPad 2 with Wi-Fi + 3G 

$629 (US) 16GB model – RM1,864.70
$729 (US) 32GB model – RM2,161.15
$829 (US) 64GB model – RM2,457.61

Posted in Kongsi Info | Tinggalkan komen

Hari Pekerja 1 Mei dan Gaji Sejam Anda Di Malaysia.

Logo Hari Pekerja 2011 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (www.dsd.gov.my)

Free Homepage Translation

Apa istimewanya 1 Mei dalam setiap tahun kita sebagai pekerja akan bercuti? Cuti ini dinamakan sebagai “Hari Pekerja” atau di sesetengah negara menamakannya sebagai “Hari Buruh”. Apa istimewanya tarikh ini?

Adakah kita sebagai pekerja di Malaysia pernah berfikir mengenai hal ini? Adakah kita manfaatkan sepenuhnya tempoh lapan jam sehari supaya menghalalkan gaji kita? Ya, memang kita menerima gaji setiap bulan tetapi pernahkah kita berfikir gaji kita dibahagikan dengan hari dan mengikut jam? Jika pernah, tidak terfikirkah anda jika anda melakukan kerja-kerja lain pada waktu itu? Halalkah?

Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, gerakan ini telah merebak ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang berasaskan industri pada masa itu seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.

Jemput kongsi maklumat ini di Facebook

Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Logo IWA dari commons.wikimedia.org

Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866  dan membuat peristyharan iaitu:

“Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.”

Perjuangan ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh semasa pilihanraya di Kanada pada tahun 1872, maka  Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat  telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-

“Lapan jam kerja,Lapan jam berekreasi,Lapan jam berehat.”

Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.

Allahyarham Tun Dr. Ismail. Sumber dari nst.com.my

Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh Malaysia pada hari ini merupakan kali yang ke-29 dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Kini anda telah tahukan sejarah bermulanya waktu bekerja lapan jam sehari. Adakah anda benar-benar bekerja selama lapan jam sehari dengan mengambil kira faktor rehat yang terlebih, waktu ke tandas atau lain-lain aktiviti yang tiada kaitan tugasan anda? Fikirkanlah.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sekian.zzzzzz

Sumber rujukan :

  1. Blog CUEPACS
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapan_jam_sehari
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja
  4. International Workingmen’s Association di Facebook.
  5. Institut Sumber Manusia Kebangsaan
  6. Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM.
  7. Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Artikel lain yang mungkin menarik  minat anda :

  1. Erti Lautan Biru Pada Organisasi Anda.
  2. Entri Anwar Ibrahim Lebih Tinggi Dari Presiden Obama.
  3. Logo Halal Negara Lain Tidak Boleh Pakai?
  4. Video Ustaz Kazim – Dunia Ini Ibarat Permainan.

~ 1 Mei Hari Pekerja ~ Selamat Hari Pekerja ~ Hari Pekerja Malaysia

Posted in Kongsi Info, Umum | Tagged | Tinggalkan komen

Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1)

Free Homepage Translation

W. Chan Kim and Renée Mauborgne melalui karya mereka “Strategi Lautan Biru” cuba mencari ketidakseimbangan dengan menggunakan beberapa metodologi untuk menyokong pendapat mereka.

Bab 2 pada buku ini memperkenalkan alat analisis dan kerangka teori yang bersesuaian untuk mencipta Lautan Biru. Organisasi boleh melakukan perubahan proaktif dalam industri atau pasaran fundamental melalui beberapa aplikasi yang diperkenalkan mengikut kaedah dan kerangka Lautan Biru yang didasarkan kepada isu-isu peluang dan risiko.

Terdapat 4 prinsip panduan untuk merumuskan strategi lautan biru. Panduan itu dimuatkan dalam Bab 3 hingga 6.

Bab 3 cuba mengenalpasti kaedah sistematik yang boleh mencipta ruang pasaran tanpa saingan serta melangkaui domain industri yang pelbagai dan seterusnya menguncupkan carian risiko. Bab ini akan mengajarkan kita bagaimana untuk menjadikan saingan menjadi tidak relevan dengan cara meneroka 6 sempadan saingan yang konvensional lalu membuka ruang untuk komersial lautan biru yang penting.

6 sempadan konvesional memfokuskan kepada penerokaan yang melangkaui :

  • Industri alternatif;
  • Kumpulan strategik;
  • Kumpulan pembeli;
  • Produk komplementari dan tawaran perkhidmatan;
  • Orientasi emosi atau fungsian sesebuah industri; dan
  • Masa
Sila kongsi di Facebook

Bab 4 pula memaparkan kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi untuk merekayasa proses perancangan strategik supaya organisasi itu berupaya melangkaui penambahbaikan berterusan untuk menuju ke arah nilai inovasi. Ianya mewakili satu alternatif kepada proses perancangan strategik sedia ada yang sering dikritik kerana amalannya yang terlalu bergantung kepada kaedah statistik yang menhalang penambahbaikan berterusan.

Sekian.

Topik akan datang saya akan cuba memuatkan ringasan untuk Bab 5 dan 6

Tajuk lain –

1. Apa kata Perdana Menteri mengenai Strategi Lautan Biru?

2. Birukah Organisasi Anda?

Posted in Ulasan Buku, Umum | Tagged | 5 Komen

Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda?

Free Homepage Translation
Artikel saya yang lalu ada menyentuh mengenai ucapan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak mengenai Strategi Lautan Biru (SLB) semasa perhimpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri pada 4 April yang lalu.

Anda telah pun tahu bahawa ucapan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib adalah berdasarkan kepada karya  W. Chan Kim and Renée Mauborgne dalam buku mereka Blue Ocean Strategy dan anda mungkin telah membacanya. Selalunya setelah membaca karya-karya hebat ini akan timbul soalan – Bagaimana hendak mempraktikannya? Atau bagaimana hendak mengukur kemampuan organisasi anda bersandarkan kepada teori-teori SLB?

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, saya syorkan supaya anda membuat analogi antara “lautan” dengan organisasi anda terlebih dahulu. Apakah erti “Lautan” pada organisasi anda?

Jika organisasi anda ialah sebuah syarikat tidak kira sama ada kecil atau besar, lautan mungkin bererti pasaran produk anda. Ianya juga membayangkan hal-hal yang berkaitan produk anda seperti saingan, kos dan sebagainya.

Jika organisasi anda ialah agensi kerajaan, apakah pula maksud “lautan” itu? Jabatan kerajaan mana ada jalankan perniagaan? Ini satu soalan menarik. Saya pernah bawa berbincang dan mengadakan sesi percambahan fikiran secara tidak formal di kedai kopi dengan rakan-rakan saya dari sektor kerajaan.

Banyak juga jawapan yang saya perolehi dan secara tidak lansung meransang fikiran saya. Antara jawapan yang diperolehi ialah :

  1. Memang agensi kerajaan tidak menjalankan aktiviti perniagaan tetapi kalau ada aduan kerana tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan, itulah namanya saingan. Jadi anda perlu berusaha untuk mengurangkan aduan dan meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Inilah lautan anda iaitu Lautan Aduan.
  2. Anda telah menerima arahan untuk menganjurkan kursus tetapi bajet amat terhad. Bagaimana hendak melaksanakannya? Adakan projek smart-partnership dengan sektor swasta. Sektor swasta boleh menawarkan tempat latihan dan menampung kos makanan serta minuman tetapi dalam masa yang sama sektor swasta itu diberi ruang untuk memperkenalkan produk mereka kepada peserta kursus. Win Win situation.
  3. Agensi anda ada polisi baru yang hendak diimplementasikan tetapi melibatkan kos yang tinggi bila hendak mempromosikannya. Bagaimana hendak mengurangkan kos? Anda boleh menawarkan kepada mana-mana syarikat swasta untuk mencipta kaedah promosi di samping mengiklankan produk mereka secara percuma.
Sila kongsi di Facebook

Sudah tentu akan ada sedikit halangan untuk melaksanakan idea yang dianggap pelik atau gila. Tetapi dengan penyampaian yang disertakan dengan data dan fakta yang tepat serta meyakinkan, sudah tentu tidak ada bos yang akan menolakkanya?

Kalau dulu sponsor dari syarikat swasta akan dianggap sebagai salah satu ciri rasuah maka anda dari jabatan kerajaan boleh mengajukan satu panduan kepada pengurusan atasan supaya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai sponsorship ini. Zaman sudah berubah!🙂

Rajin-rajin adakan percambahan fikiran. Sekian jumpa lagi.

Tajuk Lain –

  1. SLB Dalam Perkhidmatan Awam – Ucapan Najib
  2. Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1)”
Check out My SEO Tools



Posted in Ulasan Buku, Umum | Tagged | 5 Komen

Untuk Menyertai Grup Gengsi Vapers Malaya

Grup Gengsi Vapers Malaya kini telah menjadi “secret group”. Untuk menyertainya, sila friend dengan GVM VTM Jaga. Maklumkan dalam PM Box yang anda ingin menyertai GVM atau Vapers Trader Malaysia (VTM).

URL ialah https://www.facebook.com/grim.grimlock?fref=ts

jaga gvm vtm 1

Posted in Rokok Elektronik | Tinggalkan komen

Rokok Elektronik Modifikasi Mekanikal Buatan Malaysia

Salam sejahtera,

Agak lama juga saya tidak mengarang selepas artikel berkaitan isu pengharaman tempoh hari. Kali ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai rokok elektronik modifikasi mekanikal (lebih dikenali sebagai mech mod di kalangan pengguna) buatan tempatan.  Sekali pandang, rupa nampak seperti jenama Pipebomb. Tetapi jika diamati, ada kelainan pada penyambungnya (connector). Jadi adalah tidak wajar kita namakannya sebagai Pipebomb Clone atau Mortar Clone.

Modifikasi mekanikal buatan Malaysia.

Modifikasi mekanikal buatan Malaysia.

pinoy clone

Menurut penjualnya, rekabentuk diamond seperti di atas tidak dikeluarkan lagi disebabkan upah workmanship yang tinggi menyebabkan kos pembikinannya agak mahal. Selain reka bentuk di atas, terdapat juga rekabentuk yang hampir menyerupai Pipebomb seperti yang tertera di gambar sebelah.

Bagaimana pula dengan prestasinya? Selalunya kumpulan pengguna mekanikal lebih berminat untuk mengetahui mengenai turunan voltan (voltage drop). Turunan voltan bermaksud, voltan bateri yang dihasilkan tanpa pengabut (atomizer) ditolak dengan voltan semasa pengabut dipasang. Sebelum ini saya pernah dikritik kerana sesetengah golongan berpendapat bahawa rintangan (resistance)  memainkan peranan penting terhadap turunan voltan. Makin rendah rintangan maka makin tinggi voltan yang perlu dialirkan dan menyebabkan turunan voltan. Saya pula berpandangan, selain rintangan, bahan pada badan mekanikal berkenaan turut memainkan peranan kerana voltan boleh “singgah” di mana-mana bahagian badan mekanikal menyebabkan aliran elektrik pada gegelung khantal akan turut mengurang. Percaya atau tidak sila lihat video ini.

Voltan tanpa pengabut ialah 3.74v. Voltan dengan pengabut antara 3.63v dan 3.59v, turunan antara 0.1v dan 0.2v dengan rintangan pada 1.4 ohms.

Bagaimana pula dengan hasil wapnya? Sila lihat video di bawah.

Akhir kata dari saya, semoga berjaya kepada usahawan rokok elektronik tempatan. Dengan penghasilan prestasi yang sama baiknya dengan jenama import, apa salahnya kita sokong usahawan tempatan?

Posted in Rokok Elektronik | 16 Komen

Banyaknya Grup Pengguna Rokok Elektronik … Apakah Maknanya?

Isu mengenai pengharaman rokok elektronik sudah mula sejuk. Secara umum rakyat Malaysia khususnya pengguna rokok elektronik kini memahami yang menjadi larangan atau kawalan ialah cairan nikotinanya, bukannya rokok elektronik.

Walau bagaimanapun, akibat dari “panasnya” isu berkenaan menyebabkan beberapa grup di Facebook telah mengklasifikasikan grup masing-masing sebagai “secret”. Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini dari berlaku pada ahli dan penjualnya.

fbIbarat bunga yang berkembang mekar, berasal dari dua grup yang membicarakan mengenai rokok elektronik kini telah bertambah kepada 45 grup. Malaysia Vapers Sharing & Information Corner yang dibentuk pada Disember 2010 sebelum ditukar menjadi Gengsi Vapers Malaya (GVM) pada Jun 2011 di atas permintaan ahlinya. Diikuti  pula dengan Malaysia Vapers Corner (MVC) pada November 2011. Pada masa ini grup Kakivapor hanya beroperasi berlandaskan perniagaan sehingga sekarang.

Sehingga kini terdapat 45 grup kesemuanya yang dapat dikesan. Grup itu ialah –

  1. Gengsi Vapers Malaya
  2. Malaysia Vapers Corner
  3. Kakivapor
  4. Putrajaya Vapers
  5. Putrajaya Ecig Buy & Sell
  6. Ipoh Mali Vapers
  7. Taiping Vaporz
  8. Sabahan Vapers Group
  9. Sarawak Vapers Club
  10. Negeri Sembilan Vapers Corner
  11. N9 Vapers
  12. Geng Vapers Johor
  13. Geng Vapers Pasir Gudang
  14. Geng Vape Kuantan
  15. Terengganu Vapers Port
  16. Underground Vaperism Terengganu
  17. Malacca Vapers Group
  18. Kajang Vapers Kroni
  19. Malaysian Vapors Community [Open]
  20. Penang Vaporianz
  21. Vapors 7
  22. Vaping Utara
  23. Buy/Sell Vape in Malaysia
  24. VE Modder Group
  25. Vapers n the gengz Malaysia
  26. Kedah vapers
  27. HPVM2 – DIY Blend
  28. HP Vapers Malaysia
  29. Vapers Seller Malaysia
  30. VAPOR MALAYSIA OPEN GROUP
  31. Provari Malaysia
  32. E-jay Vaporazzi
  33. Vapers Traders Malaysia
  34. Malaysia Vaping – Juice Trade Zone
  35. Petaling Jaya Vapers
  36. Vmod Malaysia Community XL/2.0
  37. Malaysia Genheads Corner – sub MVC
  38. Setapak Vapers
  39. Malaysian Rare Vapers
  40. Puchong Vapors Community (PVC)
  41. VAPERS SUNWAY
  42. Persatuan Perokok Elektronik Malaysia
  43. Vaporz Owner Group (VOG)
  44. Provari Owner Club
  45. Liga Admin Grup Vapers Malaysia
  46. Kemenyan Vapors (Terbaru)

Saya percaya masih ada grup lain yang beroperasi secara “secret”. Grup-grup ini dibentuk berasaskan sama ada kepada jenama rokok elektronik, jenama pengabut, negeri masing-masing, produk jualan dan sebagainya. Apakah makna semuanya ini?

Bermacam persoalan dan jawapan yang timbul. Ada yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana pentadbir grup tidak membenarkan perniagaan dijalankan. Akibatnya terdapat beberapa pengguna yang juga menjalankan perniagaan secara sampingan telah mula membentuk grup-grup masing-masing. Ada pula yang menyatakan kerana nak cari kawan setempat supaya boleh berjumpa dan berbincang mengenai alat pengewapan peribadi secara bersemuka.

Adakah pertambahan grup-grup ini merupakan petanda baik atau tidak? Saya serahkan kepada tuan/puan pembaca menilainya sendiri.

Posted in Rokok Elektronik | Tagged , | 5 Komen

Rokok Elektronik : Benarkah Bahaya?

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Setelah sekian lama saya “berehat” dari menyumbangkan artikel mengenai alat pengewapan peribadi (personal vaporizer, lebih dikenali dengan singkatan PV), kini terpanggil untuk kembali ke dalam arena ini. Kalau dulu nak memperkenalkan PV, tapi sekarang seolah-olah satu perjuangan untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap alat ini yang nampaknya sudah mula dipandang serong.

Rata-rata pengguna PV di negara ini gempar dengan kenyataan akhbar oleh Datuk Dr. Zulkifli Jantan, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari 2013. Walau bagaimanapun, di atas inisiatif salah seorang pengguna PV, saudara Fazliez Hj Noh telah menghantar e-mel kepada Datuk Dr Zulkifli memohon penjelasan, jawapannya seperti berikut :

 “Saya hanya memaklumkan peruntukan undang2 yang di Malaysia pada masa ini. Sebenarnya menggunakan rokok elektronik tidak menjadi kesalahan. Sekali lagi saya maklumkan mengimpot dan menjual cairan yang mengandungi nikotin yang melanggar Akta Dadah Merbahaya. Setakat ini kaedah menggunakan rokok elektronik belum diguna oleh KKM tetapi tiada larangan untuk diguna oleh doktor swasta. Hanya Pengamal Perubatan yang boleh memberi preskripsi untuk menggunakan nikotin. KKM pula menggunakan kaedah nikotin patch untuk memberhentikan merokok. Harap maklum dan boleh berjumpa saya atau pegawai JKNS untuk bantuan khidmat berhenti merokok atau maklumat lanjut. Terima kasih.”

Kandungan penuh dari e-mel saudara Fazlies boleh dilayari di fanpage berikut – Kami Mahu Kerajaan Benarkan Penjualan Rokok Elektronik .

Sebelum ini, terdapat satu lagi e-mel dari pengguna lain, Mohd Amir yang ditujukan kepada orang yang sama dan memberikan jawapan seperti berikut :

“Tuan,

Maaf atas kekeliruan itu, e-rokok tidak salah. Yang salah ialah cairan Nikotin kerana ia belum didaftar di Malaysia. Utusan Malaysia tersilap melapor kenyataan saya dan saya sedang meminta mereka membuat pembetulan.

Untuk menghalalkan cairan nikotin pula, adalah diperingkat Biro Farmasi Negara dan YB Menteri Kesihatan.

Saya hanya memaklumkan bahawa pada masa ini adalah menjadi kesalahan menjual dan menggunakan cairan Nikotin.

Kaedah memberhenti tabiat merokok menggunakan e-cigarette belum diguna oleh KKM.

Sekian.

Dr Zulkifli Jantan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile”

Dari jawapan e-mel berkenaan, adalah jelas dua perkara yang berbeza. Penggunaan cairan nikotina dan rokok elektronik. Pada pandangan saya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaksanakan langkah yang betul kerana mereka bertindak dan hanya menguatkuasakan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Komestik 1984. Mana kenyataan mengenai kesalahan menggunakan rokok elktronik?

Kemudian keraguan masyarakat melonjak lagi dengan kenyataan akhbar oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Saya seru rakyat Malaysia supaya meneliti setiap perkataan dan ayat yang digunakan oleh akhbar. Akhbar tidak boleh menipu tetapi mereka boleh mengubah susunan kenyataan ayat seseorang yang diwawancara. Antara perkataan yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan ialah ;

“Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette,” katanya.

dan,

“Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan.”

Baca balik setiap akhbar yang menyiarkan cerita ini. Tajuk memang menggerunkan, tapi kandungannya kena diteliti dengan rapi. Ayat yang nampak neutral diletak pada perenggan akhir. Di mana ayat yang mengatakan penggunaan rokok elektronik ini bahaya? Mungkin yang ini –

“Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat’ di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra hari ini.

Ayat di atas hanyalah kenyataan peribadi beliau yang bukannya berdasarkan kajian saintifik. Sila baca balik kenyataan beliau yang lain pada perenggan sebelum ini . Beliau akan meminta KKM buat satu kajian.

Tetapi banyak kajian telah dilakukan oleh badan bebas dari negara  luar. Maksud badan bebas ialah, satu badan yang tidak ditaja oleh mana-mana syarikat rokok untuk menghasilkan penemuan yang negatif mengenai rokok elektronik. Rakyat juga harus tahu terdapat kajian yang dijalankan untuk mencari fakta negatif ini akhirnya disangkal oleh kajian lain. Penemuan hasil kajian yang ditaja oleh syarikat rokok tidak boleh diterima !!! Kepada mana-mana penulis blog yang anti rokok elektronik, harap anda dapat buat penelitian sebelum memetik mana-mana kajian yang anti rokok elektronik. Sila layari  Consumer Advocates for Smoke-free Alternatives Association (CASAA) di sini.

Saya sebagai pengguna PV, faham mengenai kawalan penjualan nikotina di negara ini. Nikotina hanya boleh diperoleh melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sahaja. Adalah menjadi satu kesalahan jika menjual dan membekalkan nikotina tanpa permit. Tapi bukan rokok elektronik !!!

Kenapa? Sebab rokok elektronik juga boleh berfungsi tanpa cairan nikotina. Memang diakui cairan tanpa nikotina itu belum lagi diuji oleh Biro Farmasi Negara, KKM. Tapi adakah hanya BFN sahaja yang menjadi sumber rujukan utama pengguna PV di Malaysia? Adakah pengguna PV di Malaysia tidak mengkaji fakta-fakta dari badan bebas antarabangsa yang lain?

In shaa Allah saya akan sambung di topik lain.

Sekian. “Vape on !!!”

Posted in Rokok Elektronik | Tagged | 15 Komen

Tombo (Ubat) Hati – Opick

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Posted in Umum | Tinggalkan komen

Astagfirullah – Opick

Laa ilahaa’illa anta
Ya hayyu ya qoyyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim

Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari

La ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin

Posted in Umum | Tagged , | Tinggalkan komen

Paradise Island dan Jangka Hayat Gegelung

Pernah dengar jenama Paradise Island? Bukan rokok elektronik tetapi perisa yang sudah mula masuk pasaran Malaysia. Seperti juga dengan penjual lain, asal syarikat yang menjual perisa ini dirahsiakan. Walau bagaimanapun penjual berkenaan menyatakan ianya berasal dari USA dan mematuhi FDA. Penjual telah mengubah sticker supaya sesuai dengan suasana Malaysia. Kerahsiaan ini bertujuan kerana saingan penjualan perisa yang amat sengit sekarang ini.

Penulis telah diberi kesempatan untuk mencuba beberapa jenis perisa antaranya ialah Lemonada, Power E, Embun Gunung, Pisang, Varesso dan Artic Berry. Penulis belum berkesempatan untuk mencuba semuanya, setakat ini hanya menggunakan pisang terlebih dahulu. Sepatutnya penulis boleh tunggu beberapa hari lagi untuk membuat ulasan tetapi telah menemui penemuan baru yang rasanya elok dikongsi dengan segera.

Penulis telah menggunakan 3ml perisa pisang dan 1ml Cherry LemonadeCherry Lemonade jika dicampurkan dengan mint ~ Fuh! Kedua perisa ini memberikan aroma yang harum dan mampu menarik perhatian orang sekeliling yang rasa agak selesa dengan baunya. Agak mengejutkan kerana gegelung pada R4 masih lagi putih tanpa berkerak. Penulis rasa setelah 3ml penggunaannya, elok dibasuh atomizer itu kerana mungkin gegelung (coil) telah berkerak tapi nyata sangkaan penulis jauh meleset. Gegelung masih tetap bersih. Jauh sama sekali dengan perisa dari USA lain mahupun dari China sebelum ini di mana gegelung cepat kotor dan berkerak.

Menurut penjual, produksi masih terhad memandangkan penjualan perisa  ini masih diperingkat kajian pasaran lagi. Menurut beliau, setakat ini permintaan yang tinggi adalah pada perisa Lemon Ice. Penulis berkesempatan juga mencuba perisa ini, memang sesuai kepada mereka yang sering bekerja di tapak atau lapangan (out station) kerana boleh memberikan impak psikologi yang nyaman dan mengurangkan kehausan.

Insyallah saya akan mengulas untuk perisa yang lain nanti.

Posted in Rokok Elektronik | 6 Komen

Beza antara Voltan Boleh Ubah dan Rokok Elektronik lain

Rokok Elektronik kategori voltan boleh ubah atau lebih dikenali dengan singkatan VV (Variable Voltage) kini semakin membajiri pasaran negara ini. Banyak pertanyaan mengenai keistimewaan rokok elektronik jenis ini yang diajukan oleh nubi (newbie). Apa kelebihannya?

Rokok Elektronik jenis VV membolehkan penggunanya menetapkan tahap volt sebelum memulakan vaping. Adakalanya pengguna akan hilang rasa nikmat sesuatu jenis perisa. Kenapa? Sebab sesetengah jenis perisa memerlukan tahap kepanasan tertentu untuk mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang sedap. Hal ini hanya boleh dicapai apabila tahap kepanasan tadi ditentukan dengan kuasa voltan tertentu. Ini bermakna pengguna tadi memerlukan rokok elektronik jenis VV.🙂

Terdapat juga keadaan apabila pengguna akan rasa burn taste kerana gegelung telah over heating. Inilah masanya pengguna akan merendahkan kuasa volt supaya rasa tadi boleh dikurangkan. Namun ada juga pengguna yang inginkan throat hit yang kuat. Hanya VV sahaja yang boleh menetapkan voltan supaya sesuai dengan rasa tekak anda.

Di pasaran tempatan memang banyak jenama yang telah pun dijual. Sebelum itu, anda sebagai nubi juga perlu tahu bahawa VV ada kategorinya, iaitu :-

  1. Tube mod;
  2. Box mod; dan
  3. 3 stages VV.

Untuk kategori tube mod, jenama yang popular ialah Provari dan Lavatube. Pakar mod tempatan juga telah banyak mengeluarkan box mod buatan sendiri. Tuan-tuan boleh layari Grup GVM di Facebook atau di forum untuk mengenali mereka. Antaranya ialah TangoCharlieMat Sidi dan lain-lain. Sementara jenis 3 stages VV pula nampak gayanya sudah mula berkurangan.

3 stages VV merupakan rokok elektronik yang hanya ada 3 tahap voltan untuk digunakan iaitu 3.2v, 3.7v dan 4.2v sahaja. Sementara tahap voltan untuk Lavatube dan Provari pula ialah antara 3.0v hingga 6.0v begitu juga dengan box mod.

Jadi, jika para nubi bertanya, “Adakah  berbaloi jika saya membeli rokok elektronik jenis VV?”. Jawapan saya, “Ya!!!!!!”

Tetapi jika anda tidak pernah menggunakan rokok elektronik dan ingin beralih arah dari analog, eloklah mulakan dengan rokok elektronik biasa yang bukan VV dahulu, supaya anda boleh tahu bezanya nanti.

😀

Sekian selamat mencuba.

Posted in Rokok Elektronik | 3 Komen

Provari and Lavatube VVEC Comparison Table

As requested by my friends from Malaysia who still not familiar with the variable voltage e cig and and the difference between Provari and Lavatube features.🙂

Features Comparison

Button Function Comparison

Posted in Rokok Elektronik | Tagged , | 1 Komen

Rokok Elektronik : Ulasan Jenama L-Rider

L-Rider Technology Co. Ltd merupakan salah satu pengeluar rokok elektronik terbesar yang mula beroperasi pada tahun 2008 dari wilayah Shenzen, China.  Syarikat ini menumpukan perhatian kepada bidang penyelidikan dan pembangunan rokok elektronik. Di atas komitmen ini, mereka telah pun memasarkan rokok elektronik voltan boleh ubah (variable voltage e cig atau VV). Di negara barat, produk ini lebih dikenali sebagai Lavatube VV.

Syarikat ini mendakwa produk ini memiliki ciri-ciri berikut :

  • Memiliki peranti pemboleh ubah
  • Menggunakan bateri 18650 (1700 mah)
  • Kawalan voltan dari 3.0v hingga 6.0v
  • Bateri boleh dikeluarkan dan ditukar
  • Terdapat butang keselamatan yang besar
  • Output boleh laras (Regulated output)
  • Perlindungan daripada atomizer yang sudah pintas (Shor circuit protection)
  • Perlidungan dari bateri sonsang (Reversed battery protection)
  • Perlindungan atau pemantauan bateri terlebih discaj (Monitoring or over-discharge protection)
  • Had keamperan 2.5 amp (Amperage Limiting to 2.5 amps)
  • Lubang pada penutup bateri di bahagian bawah sebagai keselamatan tambahan.

Kawalan voltan boleh dilakukan pada suis +/- . Pengguna boleh menggunakan 30 variasi kuasa voltan dari 3.0v hingga 6.0v mengikut citarasa masing-masing. Selain itu terdapat juga butang gerak (activate) ~ tekan selama 5 saat peranti akan on atau off. Suis yang sama juga boleh digunakan untuk menyemak kuasa voltan yang ada pada bateri apabila ditekan sebanyak 7 kali berturut-turut. Tetapi yang peliknya, fungsi ini tidak dinyatakan pula dalam buku manual yang dibekalkan.

Sekali baca memang teruja dan amat bersesuaian dengan pengguna yang terlibat dengan aktiviti lasak atau mereka yang tergolong dalam golongan heavy vapers.

Keselamatan & Ketahanan

Dengan perkembangan pengeluaran bateri yang ada seperti jenama AW IMR dan juga Ultrafire yang ada di pasaran Malaysia , maka saya melihat keselamatan penggunaan bateri berkenaan terhadap rokok elektronik perlu diberi perhatian utama.

Tambahan pula terdapat juga jenama lain yang  jenis boleh caj semula (rechargable) semakin membanjiri pasaran Malaysia masa kini. Ada yang berbentuk rata (flat top) di bahagian kepalanya menyebabkan rupanya sama seperti bahagian ekor lalu pengguna tidak dapat membezakan bahagian yang positif atau negatif, lebih memburukkan keadaan jika simbol (+/-) itu hilang pada bateri berkenaan. Untuk itu saya dengan sengaja memasukkan bateri secara sonsang, jelas peranti pada rokok elektronik ini seolah-olah me”mati”kan dirinya sendiri.

Saya juga telah menggunakan pengabus (atomizer) CE2 jenis mod yang telah rosak atau mengalami litar pintas. Seperti juga bateri sonsang tadi, peranti tidak berfungsi lansung. Secara tidak lansung, jangka hayat bateri akan bertahan lebih lama dengan adanya ciri keselamatan seperti ini.

Selain itu, tempoh masa cut off adalah mengikut piawaian seperti jenama lain, mengambil masa selama 24 saat jika butang nyala ditekan terus menerus. Ini bermakna, pengguna yang gemar menyimpan rokok elektronik dalam poket seluar tidak perlu bimbang jika suis nyala tertekan. Tambahan pula jenama ini ada menyediakan butang deactivation.

Saya ada juga menerima input dari rakan-rakan yang menggunakan jenama ini. Mereka mendakwa L-rider mereka pernah jatuh beberapa kali secara tidak sengaja pada tahap ketinggian 3 hingga 4 kaki. Lampu merah LED menyala dengan sendirinya dan kuasa voltan kembali kepada 3.0v.

Ketepatan

Sesuatu yang tidak perlu diragukan sama sekali. Saya menggunakan meter volt digital peribadi untuk mengukur kuasa voltan pada jenama ini. Ukuran volt tidak menunjukkan perbezaan tambahan pula meter volt saya menggunakan dua tempat perpuluhan, sementara volt pada jenama ini hanya menggunakan satu tempat perpuluhan, bukanlah satu isu yang besar kerana angka tidak lansung menunjukkan perbezaan.

  • 3.42 pada meter digital >> 3.4 pada L-Rider
  • 4.21 pada meter digital >> 4.2 pada L-Rider

Keserasian dengan pengabus dan kuasa wap

Untuk jenama ini saya telah menggunakan pengabus bebenang 501 seperti CE2 mod, CE3, Giantomizer V2 dan Vision. Tiada apa yang perlu disoalkan mengenai throat heat kerana ianya adalah voltan bolehubah.🙂 Anda boleh laraskan volt mengikut citarasa anda sendiri.

Setiap pengabus saya menggunakan perisa buatan China dan juga USA. Nyata, perisa dari USA yang sebelum ini agak kurang wapnya jika menggunakan jenama lain, boleh dirasai nikmatnya jika dilaraskan kuasa voltan yang bertepatan dengan citarasa anda.

Lain-lain kelebihan

  1. Bateri yang dibekalkan mengambil masa selama 50 jam sebelum cas semula untuk pengguna seperti saya. LED akan berkelip sebanyak 6 kali menandakan bateri perlu dicaj semula.
  2. Harganya murah berbanding dengan jenama popular iaitu Provari jika diambil kira kualiti peranti yang digunakan serta lain-lain ciri.
  3. Memiliki butang kuasa diskret.

Kekurangan

  1. Tiada atomizer ohm checker seperti Provari. Bagi sesetengah pengguna ohm checker adalah penting kerana tahap ketahanan (resistance) pada pengabus akan menurun. Ramai yang menyangkakan  bahawa pengabus 2.7 ohm akan kekal sehingga habis hayatnya. Tidak, kuasa ketahanan ini akan menurun, maka adalah penting untuk mengetahui tahap ketahanan supaya boleh diselaraskan dengan kuasa voltan untuk mengelakkan burn taste. Walau bagaimanapun kekurangan ini bukan isu besar kerana kita masih boleh menggunakan meter “semulajadi” iaitu tekak dan lidah kita untuk melaraskan kuasa voltan.
  2. Saisnya yang terlalu panjang menyebabkan ianya tersembul keluar jika disimpan dalam poket seluar.
  3. Sedikit berat untuk pengguna pemula (newbie) jika dibandingkan dengan Ego atau KGO.😛

Tuan/puan boleh melakukan kajian sendiri atau membaca artikel di blog berikut :

  1. http://www.stevevape.com/2011/11/lavatube-variable-voltage-e-cigarette.html
  2. http://vapingguides.com/blog/breaking-news/the-lavatube-variable-voltage-electronic-cigarette/

Lain-lain artikel mengenai rokok elektronik di blog saya KLIK

Posted in Rokok Elektronik | Tagged , | 2 Komen