Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)


Salam sejahtera,

Panduan kedua ini memuatkan perbandingan antara rokok eletronik (RE) manual atau automatik? RE manual memerlukan pengguna menekan suis sambil menyedut wap. RE automatik pula hanya perlu menyedut dan tekanan udara yang masuk akan menghidupkan bateri.

Para pembaca boleh melayari terus ke blog seperti url di bawah untuk maklumat yang lebih jelas.

  1. http://www.electronic-cigarette.bz/how-electronic-cigarette-works ;atau
  2. http://blogs.howstuffworks.com/2009/03/19/how-ecigarettes-work/

Inaiputih telah pun menggunakan kedua jenis RE. Cuma Inaiputih rasa kurang sesuai menyatakan jenamanya di blog ini sebagai tanda hormat kepada syarikat berkenaan dan takut kena saman.

Yang mana lebih baik? Inaiputih mengesyorkan RE jenis manual kerana ianya lebih selamat dan menjimatkan penggunaan bateri serta memiliki ciri-ciri yang mengutamakan keselamatan kepada pengguna.

RE jenis automatik ini ada kalanya mudah rosak dan lebih mudarat lagi jika sesetengah jenama itu tidak memiliki kartrij yang berkualiti. Kartrij yang tidak berkualiti mudah bocor lalu merosakkan bateri. Untuk selamat, pengabus (atomizer) pada RE auto ini perlu direnggangkan dari baterinya. Kadang-kadang Inaiputih terlupa renggangkan menyebabkan baterinya terbakar. Kadang-kadang RE auto ini tidak memerlukan sedutan untuk menyala, kena tiupan angin di luar pun sudah cukup. Inilah faktor yang menyebabkan Inaiputih merasakan RE auto ini amat berbahaya.

Contoh RE yang ada suis.

Inaiputih telah dua kali menukar RE auto ini disebabkan kerosakan pada baterinya. Inaiputih bernasib baik sebab mendapat jaminan selama setahun. Inaiputih difahamkan, mulai Oktober 2010, pembeli hanya diberikan 3 bulan jaminan sahaja. Kalau jaminan sudah tamat tempoh, maka pengguna mesti bayar RM80 untuk mendapatkan bateri yang baru.

Jadi mulai Ogos 2010, Inaiputih membuat keputusan untuk membeli RE manual jenama EGO. Sehingga ke hari ini tiada masalah.

Berikut adalah rajah yang Inaiputih pautkan dari http://www.electronic-cigarette.bz/how-electronic-cigarette-works

Bagaimana RE berfungsi.

Kesimpulannya, belilah RE manual !!!

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia. NEW!!!!
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook

This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

12 Responses to Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)

  1. Chris says:

    I like your writing too.
    Thank you.

    Chris
    Çilingir

  2. Pingback: Dilema rokok elektronik | Komentar Umum Inaiputih

  3. Ali says:

    Saudara,

    Saya tertarik dgn komen saudara tentang rokok electronic ini. Saya ingin pendapat saudara mengenai e-cig apa yg harus saya beli. Saya memerlukan e-cig yg mempunyai bateri yg tahan lama, yg menggunakan liquid utk penjimatan dan yg tidak mempunyai rasa spt terbakar apabila terlalu panas. Sblm ini saya pernah membeli e-cig jenus auto dan ternyata ianya amat mengecewakan saya selain kos cartomizernya agk mahal. Adakah saya harus membeli EGO, KGO @ E POWER ? Segala cadangan dan pandangan saudara amatlah dihargai.. Terima kasih. Saudara juga boleh menghantarkan komen saudara terus kpd email saya.

    • inaiputih says:

      🙂 Terima kasih kepada saudara di atas sokongan penggunaan rokok elektronik.

      Daripada penulisan saudara, saya jangkakan yang saudara ini boleh dikategorikan sebagai heavy smoker.

      Untuk makluman saudara, saya adalah pengguna EGO (1200 mAH). Dua jenama lagi iaitu KGO dan E-Power saya dapati sama kualitinya dan bersesuaian dengan heavy smoker kerana tempoh penggunaan hampir 24 jam sebelum caj semula. 3 jenama ini merupakan jenama popular di pasaran dan didapati kurang bermasalah. Tapi harus beli dengan penjual yang benar-benar berintegriti (kalau rosak mereka boleh tukar). E-Power (1050 mAH) dan Kgo adalah sama dengan Ego.

      Berkenaan rasa terbakar, itu bukan masalah bateri tetapi resistance cartomizer yang rendah dari 2.7 ohm. Saya syorkan saudara guna 2.7 ohms ke atas.
      Semua bateri rokok elektronik yang ada di pasaran Malaysia kebanyakannya adalah 3.7 volts. Kala ada bajet lebih, import terus dari USA > jenama PROVARI. Provari boleh menukarkan kuasa voltannya mengikut resistance cartomizer. Tapi harganya termasuk kos penghantaran mencecah RM900.

      Jenama apa yang baik? Ketiga jenama yang saudara sebut di atas adalah baik disamping after sale stocknya banyak di pasaran Malaysia.

      Selamat mencuba.

  4. Ali says:

    Terima kasih di atas komen yg saudara berikan..

    Maafkan saya kerana masih kurang jelas dlm beberapa perkara.

    Bagaimanakah saya ingin tahu yg sesuatu produk e-cig itu mempunyai resistance melebihi 2.7 ohm ?

    Adakah ketiga-tiga produk yg saya sebutkan itu mempunyai resistance yg melebihi 2.7 ohm ?

    Adakah produk yg saudara gunakan iaitu EGO (1200 mAH) tiada mengalami ‘burn taste’ apabila panas dan bagaimana saudara mengatasinya ?

    Di mana boleh saya mendapatkan ketiga2 produk itu dari penjual yg berintegriti ?

    Atau saudara boleh bagi laman web untuk saya kunjungi. Saya inginkan cadangan dari saudara.

    Berapa harga produk tersebut dan tempoh warranty nya..
    Maaf kerana terlalu banyak bertanya. Saya dah anggap saudara ni seorang yg pakar dlm e-cig kerana terlampau banyak komen yg saudara berikan dlm blog saudara.

    Tolong bantu saya kerana saya dah tersalah beli dan saya x mahu tersalah lagi…

    Terima Kasih..

  5. Ali says:

    Terima kasih di atas info yg sgt berguna ini.

    • inaiputih says:

      sama-sama ali, mohon maaf sebab tak dapat nak bere-mel dengan saudara … ada masa nanti saya akan usahakan …. ataupun masuk E-Cigar X-Change Info do facebook …kita bincang di sana

  6. hanafi says:

    macam mn sy nk dapatkannya…harganya brapa…btl2 bminat

  7. ajis says:

    Salam bang , saya berminat nak import rokok elektronik ni . Tapi saya taktahu nak beli dati sumber yang mana satu . Banyak website , tapi kita pun tak pernah bersemuka dengan mereka . Saya harap abang boleh syorkan saya website yang tidak meragukan . Terima kasih🙂

  8. Magnificent piece, I enjoyed the lotus electronics bit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s