Ragam Pengedar Rokok Elektronik


Salam sejahtera,

Kita berjumpa lagi. Topik kali ini, Inaiputih menyentuh tentang ragam sebilangan pengedar rokok elektronik (RE) yang pernah Inaiputih berurusan. Ragam mereka boleh disimpulkan dalam empat (4) kategori, iaitu :-

1. Ada barang dan mudah dihubungi tapi kedekut.

2. Ada barang, mudah dihubungi dan boleh bertolak ansur mengenai harga.

3. Ada barang tetapi susah dihubungi.

4. Tak ada barang tapi mudah dihubungi.

Dalam 4 kategori di atas, kategori nombor 3 dan 4 adalah paling menyakitkan hati. Tiap kali dihubungi, ” Aisey … stok dah habislah bang. Minggu depan baru ada.” Kalau betul minggu depan tak mengapa, tapi 4 kali minggu depan !!! Apa perasaan anda bila menghadapi situasi seperti ini?

Kepada saudara saudari pembaca yang juga pengguna RE, berhati-hati dengan pengedar yang anda belum kenali. Kenal pasti gaya dan tingkah laku mereka dahulu sebelum anda memesan. Di alam maya ini banyak blog dan web niaga Malaysia yang menjual aksesori RE, lakukan carian. Carian utama saya ialah http://www.lelong.com.my dengan sintaks e cigar atau rokok elektronik atau CE2.

Tuan/puan pengedar RE yang membaca blog ini pula, ambillah perhatian. Anda bukan sekadar pengedar tetapi sebenarnya anda berniaga barang. Mereka yang ingin mendapatkan stok dari anda bukannya kawan tetapi adalah pelanggan. Kalau pelanggan lari atau beralih kepada pengedar lain, janganlah tuduh pengedar lain itu dengki atau potong line! Pelanggan berhak melakukan demikian.

Jika anda adalah pengedar sambilan dan dalam masa yang sama ada pekerjaan tetap di pejabat, susunlah masa anda. Ketahuilah, bahawa penjualan RE termasuk aksesori seperti cecair perasa dan  cartomizer adalah terhad. Bukannya ada dijual di kedai atau warung di tepi jalan. Jadi, pelanggan amat bergantung kepada anda.

Sekian.

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia. NEW!!!!
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook

This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

9 Responses to Ragam Pengedar Rokok Elektronik

  1. TRibe says:

    insyaallah.. mulai bulan march TRribe elixir akan mula berada di pasaran terbuka.. stesyen minyak dan beberapa kedai serbaneka terpilih… hampir kesemua perasa yang ada akan diletakkan..

  2. inaiputih says:

    Cheers …. saingan makin tinggi dan harga makin murah. Good work Mr Tribe

  3. melayu bersatu says:

    saya hanya nk memberitahu..kebanyakan pengedar aksesori rokok elektronik ni suke ambik kesempatan..mentang2 just diaowg je yang da jual benda2 mcm ne…sesuka hati naikkan harga..dalam iklan tulis clearomizer rm 20…tapi ajen dari putrajaya amri jual pada saya rm40 satu.layanan pulak x yah cerita la…customer yg nk bagi duit,tapi layan customer mcm anjing..ne la melayu meniaga…TOLONGLAH LAYAN CUSTOMER DGN BAIK…KAMI YANG MEMBERI ANDA SEMUA WANG..KALAU IKLAN RM20..JUAL RM20 LA…JANGAN LA NK NAIK KAN HARGA SESUKA HATI….kami yg isap rokok re kebanyakkan nye berpedapatan rendah dan gune re pon nk jimat duit dari isap rokok tembakau..tapi kalu mcm ne ragam pengedar rokok re..payah la….egen dari gombak…saya salute anda…anda mmg ramah dan memberi maklumat yg diperlukan…tq.

  4. kgo lover says:

    betul cakap melayu bersatu..jangan disebabkan hanya diaorg ni ja pengedar rokok elektronik,senang2 depa nk naikkan harga.kalu kerajaan naik kan harga rokok depa marah,tapi depa naikkan harga aksesori rokok sesedap depa ja..nak untung lebih..macam mana nak ramaikan lagi pengguna rokok elektronik kalau perangai depa lagu ni.tentang harga yang lain dari iklan tu,harapkan inai putih selaku blogger dapat padam kan nama2 org yg x bertanggungjawab ni.buat apa rekemen depa ni kalau depa naya pengguna..dari pengalaman saya,depa ni berkira,sekupang x cukup pun marah.dari iklan kat lelong liquid rm15,tapi bila call jadi rm22.apa ni….x mau lagu ne..nk makan duit haram ka?naya pengguna2 yang x mampu..nak untung boleh,tapi berpada.
    assalamualaikum

    • inaiputih says:

      Terima kasih KGO lover, saya sendiri pun terasa bahangnya sekarang ….
      akan saya delete nama-nama tertentu jika sah aduannya

      • VAPOR S LOVER says:

        salam
        nak tanye…connector 510 dgn 901 sama ke?
        bole x senaraikan connector yg same dgn 510?
        kalu saya nk beli rokok terus dari kilang (usa atau china) adakah dikenakan cukai walaupun hanya satu unit.
        saya ada beli smoker haven dlu..memang rugi besa..belanja dia lagi banyak dari rokok biasa
        lepas beralih ke kgo…baru la lega..harga smoker haven lagi mahal dari kgo..
        pada pembaca semua saya nasihatkan sebelum beli jenama smoker haven..fikir la dulu sebab kebanyakan part2 semua gune connector 510.kalu yang dah terbeli bole gune connector..tapi mungkin akan ada masaalah leaking pada connector dgn clearo.(dari pengalaman saya)
        sekarang pon dah byak rokok elektronik mod yg kapasiti die 1100 mAH keatas….so jgn la nk gune yg pcc lagi…tu zaman mule2 kua rokok elektronik dlu bole la…jap2 kene cas….saya gune mod dari us 3000 mAH..seminggu sekali jew cas…so….fikirlah pada yg mule2 nk membeli…..
        ramaikan lagi komuniti pengguna re…..
        salam

  5. inaiputih says:

    510 dan 901 ada pada tajuk di sini https://inaiputih.wordpress.com/2011/05/31/kenali-aksesori-rokok-elektronik-2-310-401-510-901/

    beli satu unit biasanya mana ada kene cukai …. hantar ke rumah terus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s