Benarkah ada E-Book yang tipu ?


”Laaa cerita ini aku pun tau!”, keluhan yang sering keluar apabila seseorang memuat turun E-Book dari laman web tertentu. Selalu terjadi apabila seseorang menginginkan sesuatu maklumat tetapi hampa apabila membaca kandungan E-Book yang dimuat turun. Apakah benar penulis E-Book berkenaan telah menipu anda?

Saya yakin tidak. Anda kena tanya pada diri anda kembali beberapa soalan sebelum anda memuat turun sesuatu E-Book.

Pertama, siapakah aku? Skop soalan ini berkaitan dengan kemahiran anda dalam bidang teknologi informasi dan komunikasi (ICT). Adakah aku separa mahir atau langsung tidak mahir? Oleh itu kaji istilah yang digunakan. Kadang-kadang promosi penulis E-Book ini memang mengemparkan tetapi yang  sebenarnya produk lama yang hanya diperbaharui istilahnya sahaja.

Kedua, teliti maklumat dimuatkan dalam E-Book berkenaan? Sesetengahnya menggunakan istilah “modul”. Adakah modul yang dipaparkan memenuhi kehendak anda? Kaji dan tanya diri anda kembali. Adakah maklumat-maklumat ini boleh dapat di tempat yang lain atau tidak? Teruskan membaca dan muat turun jika harganya berpatutan.

Ketiga, maklumat mengenai penulis. Teliti alamat dan nombor telefon bimbit yang tertera di laman web berkenaan. Adakah benar atau palsu? Adakalanya penulis memang meletakkan nombor telefon bimbit mereka tetapi tidak pernah menjawab panggilan. Ada juga penulis E-Book ini hanya melayan SMS sahaja.

Kita jangan TERUS membuat andaian kerana setengah daripada penulis E-Book ini menjalankan penjualan mereka secara separa masa (part time) sahaja. Bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mereka bekerja di pejabat makan gaji. Oleh itu, kita hantar pula e-mel. Jika e-mel juga tidak di LAYAN, kita lupakan sahaja.

Contoh E-Book baik yang boleh Inaiputih syorkan ialah MULA NIAGA: OFFLINE & ONLINE. Rasanya tidak ramai yang tahu bahawa sebulan dari tempoh penjualan barang di Internet, penjual berkenaan kena mendaftar perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Apa terjadi jika tidak mendaftar?

E-Book ini juga memuatkan teknik-teknik pemasaran yang baik dan memberikan ACTION SCRIPT Adobe secara percuma untuk melakarkan E-Book anda sendiri. Klik sahaja gambar di bawah.

Selamat Mencuba.

Test

http://alturl.com/fajau/pw=ybepu

This entry was posted in Risik Niaga and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s