Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)


Bang, saya tak nak pakai yang ori, saya nak pakai benda yang ada muncung dan panjang tu,” soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna yang baru berjinak-jinak dengan rokok elektronik (RE). Adakalanya pengedar pun pening kerana cuba hendak memahami maksud kehendak pembeli itu.

Jadi untuk topik kali ini, Inaiputih ingin berkongsi penggunaan beberapa istilah dalam RE. Secara asasnya, RE yang asal mengandungi empat komponen iaitu :

  1. Bateri;
  2. Kon (biasanya pengguna jarang menggunakannya untuk jenis EGO)
  3. Pengabus (atomizer); dan
  4. Katrij.

Untuk memahami istilah di atas, Inaiputih muatkan gambar untuk RE jenis EGO seperti di bawah.

Antara keempat komponen di atas, atomizer dan katrij merupakan komponen yang memerlukan penyelenggaraan kerap oleh setiap pengguna. Newbie kebiasaannya akan menggunakan katrij. Penggunaan katrij memerlukan penggunanya menitikkan 2-3 titik perisa ke dalamnya. Inaiputih difahamkan setitik perisa adalah bersamaan dengan 30 hingga 40 sedutan.

Walau bagaimanapun, penggunaan katrij adalah tidak sesuai kepada perokok tegar (heavy smoker). Lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang terlibat dengan tugas-tugas di pejabat seperti penyediaan kertas kerja, senireka dan lain-lain.

Oleh itu, alternatif kepada katrij untuk perokok tegar ialah cartomizer (sehingga kini Inaiputih belum jumpa lagi istilah yang tepat dalam Bahasa Melayu). Cartomizer pula terbahagi kepada 4 jenis dan yang terdapat dalam pasaran Malaysia ialah:

  1. Cartomizer dengan filler (ada kapas dan wayar yang terbenam di dalamnya) – Di kalangan pengedar RE sering dikenali sebagai filler cartomizer. Seperti juga atomizer, pengguna hanya perlu menitikkan perisa ke dalamnya. Cuma bezanya dengan atomizer ialah kapasiti filler cartomizer lebih besar. Oleh itu, pengguna boleh menitikkan sebanyak 7 titik perisa.
  2. Cartomizer Edisi Kedua – Pengedar di Malaysia menamakannya secara ringkas iaitu CE2R4 (Cartomiser Edition 2 Release 4). Bezanya ialah CE2R4 tiada kapas atau  filler di dalamnya. CE2R4 dibuat daripada seramik dan mengandungi wick yang berfungsi untuk menyerap perisa ke gegelung. Bezanya dengan lain cartomizer ialah, CE2R4 memerlukan alat seperti syringe untuk memasukkan perisa ke dalamnya. Nampak seperti remeh dan leceh tapi kapasiti CE2R4 boleh memuatkan 1.5 ml perisa dalamnya. Maknanya pengguna boleh menggunakannya untuk lebih 200 sedutan, oleh itu pengguna tidak perlu kerap menitikkan perisa seperti katrij. Mungkin 1.5 ml sudah memadai untuk sehari suntuk. Harga di pasaran Malaysia ialah sekitar Rm21-25 untuk satu unit.
  3. Clearomizer – Seperti CE2R4 juga, cuma komponennya ialah lutsinar. Dengan clearomizer pengguna boleh mengagak bila perisa akan habis. Jadi tak perlu bawa banyak alat ke pajabat. Harga di pasaran Malaysia ialah sekitar Rm25-35 untuk satu unit.
  4. Mod clearomizer Mod clearomizer (MC) ialah CE2R4 yang telah di modifikasikan oleh pengedar tempatan. Komponennya besar sedikit dari CE2R4 dan clearomizer.  MC boleh memuatkan 1.7 ml perisa. Kelebihannya ialah kerana ianya tidak memerlukan syringe. Memadai hanya dengan menuangkan perisa ke dalamnya. Walau bagaimanapun, harganya agak mahal – RM35 untuk 1.

Inaiputih juga difahamkan bahawa ada usaha dari pengedar RE di Malaysia untuk membawa masuk Giantomizer yang boleh memuatkan 3-5 ml perisa di dalamnya.

Keempat aksesori atau gadget di atas memang ada di pasaran Malaysia. Cuma mod clearomizer ini amat terhad pengedarannya. Kepada pembaca yang juga adalah pengguna RE, sila e-mel kepada Inaiputih jika berminat untuk mendapatkannya. Atau cari kami di Facebook dengan menggunakan string “E Cigar X-Change Info“.

Untuk maklumat lanjut, Inaiputih mengesyorkan string “CE2R4” dan “Clearomizer” apabila pembaca ingin membuat carian di Google, Yahoo atau Bing.

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia. NEW!!!!
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook

Jumpa lagi.

e-mel : re_promoter@ymail.com

Ada laman web tetapi tiada pengunjung? Ada boleh cuba dan uji perisian pemasaran AWeber secara percuma. Sistem ini telah dipasarkan sejak 10 tahun yang lalu.
This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)

  1. Pingback: Dilema rokok elektronik | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi …… | Komentar Umum Inaiputih

  3. Pingback: Akibat Clearomizer Rintangan Rendah | Komentar Umum Inaiputih

  4. Cliff says:

    This basic structure has given rise to many
    BBQ products called Grill Top Smoke Boxes. I highly suggest this unique and powerful Napoleon
    Prestige Gas Grill for all consumers. These all offer you a great range of choices to meet your need and offer extra comfort.

  5. Aretha says:

    Asking questions are in fact good thing if you are not understanding anything entirely, however this article
    provides pleasant understanding even.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s