Saman dah bayar tapi masih dapat surat dari PDRM?


Terkejut saya bila menerima sekeping surat dari PDRM yang menuntut saya supaya menjelaskan saman yang masih tertunggak walaupun saya sudah pun menjelaskannya. Apa tindakan selanjutnya?

Jangan mengelabah, dalam surat berkenaan telah pun dinyatakan “Sila abaikan notis ini jika pembayaran telah dilakukan“.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, seeloknya kita semak dahulu di MYEG (https://app1.myeg.com.my/eservices/).  Pilih perkhidmatan PDRM. Masuk nombor kad pengenalan anda dan tekan bebutang  “Check Summons“. Jika tiada saman atau saman memang telah dijelaskan, akan keluar kenyataan seperti berikut :

No outstanding summons found

Anda boleh berlapang dada dan boleh merancang bila nak memperbahurui cukai jalan dengan bajet yang ada.

Isunya ialah bila anda sudahpun menyelesaikan saman berkenaan tetapi pangkalan data PDRM menyatakan sebaliknya. Apakah tindakan anda?

Pastikan resit sebagai bukti pembayaran disimpan dengan baik. Perlu diingat bahawa dakwat pada resit berkenaan mudah hilang atau senang nampak kabur jika diletakkan ditempat terbuka. Saya syorkan supaya resit berkenaan disimpan dalam buku dan pastikan resit tadi tidak terlipat.

Anda boleh pergi ke balai polis tempat pembayaran saman dibuat dan minta kerani yang bertugas semak saman anda. Tunjukkan resit sebagai bukti dan minta pengesahan dari kerani berkenaan.

Sekian.

This entry was posted in Kongsi Info and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Saman dah bayar tapi masih dapat surat dari PDRM?

  1. zie says:

    salam…suami sy kena saman jpj tahun 2009,notis sampai terus p bayar….tiba2 baru2 ni nak p idupkan roadtax tp x boleh sebab saman yg 2009 tu masih ada dalam rekod diorang….masalahnyer resit pembayaran tu dah hilang…betul2 menyusahkan la…macamane nak buat???diorang kata klu nak clearkan balik name kena bayar rm500…orang dah bayar nak suruh bayar lg pulak…mungkin silap kami ilangkan resit tu tp INGAT,lg besar silap diorang sbb x rekod elok2 pembayaran kami tu…sakit hati rasenye…rm500 tu mungkin terpaksa kami bayar sbb nak idupkan roadtax tp jgn harap kami halalkan sesen pon sbb saman sbnar kami dah bayar….

  2. Rinduselalu pulausebatik says:

    Kwn sy ada lesen tp da mati 4 tahun..n ada saman jpj..pastu dia try g amik semula lesen keta..atas ptolongan kwn yg jd cegu memandu,,dia dpt lesen L..kwn kata dia akn special test trus dgn jpj je tnpa kom bengkl or ceramah….sekali da booking test..kwn yg mrupa cegu driving tu kata dia kena byr saman yg br test..so yg mjadi kemuskilan sy.mcm mana cegu tu dpt keluarkn L sdgkn stahu sy L xda dberi pd pemohon yg ada mslh bkaitan undang2 jalanraya…

  3. Dhia says:

    Kalau kita byr saman..kita akn dpt trus ke resit pmbyaran?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s