Antara Wan Jamak dan Sepp Blatter?


Senario bolasepak Malaysia dihangatkan lagi dengan peristiwa perletakan jawatan Wan Jamak Wan Hassan sebagai Ketua Jurulatih pasukan bolasepak Negeri Sembilan. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa perletakan jawatan itu berkaitan dengan rasa bertanggungjawab beliau terhadap prestasi hambar pasukan Negeri Sembilan dalam kancah Liga Super dan Piala FA musim ini.

Patutkah beliau dibandingkan dengan jurulatih lain? Perlu diingat bahawa Wan Jamak pernah menaikkan nama Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Bagi saya adalah kurang wajar membandingkan beliau dengan M. Rajagopal, Ketua Jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan.

Alang-alang seluk pekasam, bukankah elok bandingkan beliau dengan Jose Mourinho, pengurus pasukan Real Madrid? Atau Diego Maradona, bekas pengurus pasukan Argentina di pertandingan Piala Dunia.

Sejauh mana kita faham bahawa pembangunan pasukan bolasepak memerlukan dua elemen utama –kejurulatihan dan kepimpinan? Adakah seorang individu memerlukan dua elemen itu? Atau dua individu yang memiliki salah satu elemen yang kemudiannya bergabung?

Siapa individu di arena antarabangsa yang menjadi idola kita? Datuk Seri Sepp Blatter? Bagaimana pula dengan organisasi, pengurus pasukan, jurulatih atau pemain?

Sama-sama kita fikirkan.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s