KRU Studios sedang memburu penciplak di youtube?


Pelik juga bila melihat statistik blog saya ni. Boleh dikatakan hari-hari akan ada “orang” singgah nak lihat maklumat atau menonton video clip “Anuar Zain-Sedetik Lebih“. Boleh dikatakan setiap hari purata 5 hingga 6 kali.

Saya pun mula terfikir, adakah “orang” atau “bot“? BOT ialah singkatan untuk “ROBOT” iaitu sejenis program yang bertindak sebagai agen kepada pengguna atau menjalankan simulasi untuk aktiviti tertentu. Di laman web What.is ada banyak maklumat mengenai bot. Bacalah, elok untuk pengetahuan.

Jadi bot ini akan melayari enjin carian dengan string tertentu. Dalam kes ini mungkin KRU Studios menggunakan perisian SongTracker untuk mengesan klip video yang berkaitan dengan Hikayat Merong Mahawangsa supaya dapat mencegah dan mengelakkan cetak rompak. Saya yakin anda pun tahu, banyak klip video Anuar Zain dengan lagu Sedetik Lebih ada di Youtube dan blog-blog. Tapi mungkin tak semua orang tahu yang KRU Studios sudah mencapai status MSC. Mereka berhak terhadap hak cipta mereka sendiri.

Sedetik Lebih merupakan lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa. Inaiputih memang tabik dengan KRU Studios dan menghormati hak cipta mereka. Jadi tak kisahlah kalau video Anuar Zain yang Inaiputih paparkan di blog ini dah ditarik balik. Sebagai rakyat Malaysia, Inaiputih sokong hapus lanun cetak rompak.

Bravo KRU.

Berikut merupakan url yang sering dimasuki oleh ROBOT😛

https://inaiputih.wordpress.com/2011/03/10/anuar-zain-sedetik-lebih-full-version-with-lyric/

This entry was posted in Kongsi Info and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s