Amaran banjir besar di Perlis?


Selain Bernama tuan/puan boleh rujuk dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). JMM adalah agensi kerajaan yang berkredibiliti dalam hal cuaca di Malaysia. Pautan berikut merupakan kenyataan akhbar dari JMM dalam format PDF.

http://www.met.gov.my/images/pdf/press_statement/hujanlebat_29032011_1_bm.pdf

Berikut merupakan petikan berita dari laman web Bernama:

KANGAR, 29 Mac (Bernama) — Hujan tanpa henti sejak semalam sehingga malam ini menyebabkan tujuh keluarga dari dua buah kampung dipindahkan setakat pukul 8 malam Selasa.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata empat keluarga adalah dari Kampung Tok Kandang di sini dan tiga dari Kampung Syed Omar di Bintong.

Buat masa ini mereka dipindahkan ke surau berhampiran dan pihak berkuasa kini memantau paras air di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

Md Isa berkata kerajaan negeri juga telah membuka Bilik Gerakan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan menghadapi banjir memandangkan keadaan hujan yang berterusan.

“Sebanyak 23 pusat pemindahan bencana banjir akan dibuka jika paras air semakin meningkat,” katanya.

Antara yang dikenal pasti sebagai pusat pemindahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Maktab Rendah Sains Mara, SK Batu Bertangkup, Sekolah Menengah (SMK) Dato Jaafar Hassan, SK Guar Nangka, SK Bintong, SK Abi, Surau Kampung Syed Omar, SK Sena.

Beliau turut menasihatkan rakyat Perlis agar membeli stok makanan bagi menghadapi kemungkinan bencana itu.

“Saya meminta penduduk yang berada di kawasan rendah sentiasa berwaspada kemungkinan air akan naik berikutan air laut pasang pada pukul 10 malam ini,” katanya.

Selain itu, Md Isa yang ditemui selepas melawat mangsa banjir Kampung Syed Omar juga meminta penduduk mendengar siaran radio Perlisfm bagi mengikuti perkembangan terkini banjir di negeri tersebut.

Sumber – Bernama

Tuan puan pembaca juga boleh mengakses pangkalan data dari e-Bencana Alam JKR untuk mengetahui kedudukan jalanraya yang ditutup. KLIK ; atau

Mengetahui keadaan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia. KLIK

Sekian.

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s