Unit Perang Siber yang ada di dunia


Salam 1 Malaysia,

Arus perubahan teknologi di dunia berlaku begitu pantas sekali. Bukan sekadar dalam dunia perniagaan atau hiburan sahaja tetapi telah melangkah ke arah peperangan. Mungkin 100 tahun akan datang tiada lagi video yang akan menunjukkan peperangan yang menggunakan bom atau senjata. Dalam erti erti kata lain, keselamatan siber kini bukan sekadar urusan teknologi maklumat semata-mata tetapi telah melangkah ke arah hal ehwal ketenteraan sesebuah negara.

Sama ada kita tahu atau tidak bahawa beberapa negara-negara maju telah pun ada Unit Pertahanan Siber yang tersendiri. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat United States Cyber Command (USCC) yang ditubuhkan pada tahun 2009. Difahamkan unit ini merupakan unit paling baru selain dari tiga unit lain yang dirahsiakan oleh AS.

Di United Kingdom pula terdapat Goverment Communication Headquarters (GCHQ), salah satu daripada tiga agensi risikan di UK. GCHQ berfungsi lebih kepada pertahanan dan perang siber.

Tidak ketinggalan juga ialah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melalui Pusat Kecemerlangan Kerjasama Pertahanan Siber (CCDCOE) yang ditubuhkan pada tahun 2008. Penubuhannya merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pertahanan siber di mana ahlinya terdiri dari negara Estonia,  Latvia, Lithuania, Jerman, Hungary, Itali, Republik Slovak dan Sepanyol. Pusat ini terletak di Tallinn, Estonia.

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSS) juga mempunyai unit khasnya tersendiri khusus untuk menjaga keselamatan siber. FSS adalah warisan utama dari Jawatankuasa Keselamatan Soviet (KGB). FSS juga amat dikenali dengan teknologi SORM yang digunakan untuk tujuan pemantauan dan pencarian maklumat.

Sila kongsi di Facebook

Mungkin ada yang masih tidak tahu mengenai Unit 8200. Unit ini merupakan salah satu unit khusus yang menjaga hal ehwal perang siber di dalam pasukan pertahanan negara Israel (IDF).  Unit ini terdiri dari penggodam yang hebat di Israel dan mempunyai kekuatan dan teknologi untuk melakukan serangan rentas sempadan. Unit ini telah berkembang dari sayap risikan dan kini menjadi pendahulu di dalam bidang perang berteknologi tinggi.

Bagaimana dengan negara kita? Tahukah kita apa itu IMPACT? Tahukah kita mengenai Platun Media Siber Askar Wataniah? Apa itu Cyber Security Malaysia? Bagaimana pula dengan NISER? Saya tidak berhasrat untuk memaparkan cerita yang panjang lebar namun matlamat saya hanyalah untuk menggalakkan tuan/puan mencari di enjin carian akan akronim yang saya berikan. Tujuannya senang sahaja, kalau TV3 ada “Jalan-Jalan Cari Makan“, kita ada “Layar-Layar Tambah Pengetahuan”🙂

Rujukan :

  1. http://www.gchq.gov.uk/about_us/index.html
  2. http://en.wikipedia.org/
  3. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/israel/8034882/Israels-unit-8200-cyber-warfare.html
  4. http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Security_Service_%28Russia%29
  5. http://www.ccdcoe.org/2.html
This entry was posted in Kongsi Info. Bookmark the permalink.

One Response to Unit Perang Siber yang ada di dunia

  1. Pingback: Apa beza Chernobyl, Fukumi, K-431 dan USS Nimitz? | Komentar Umum Inaiputih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s