Dropship Cara Perniagaan Yang Bahaya?


Dropship cara perniagaan internet yang semakin mendapat sambutan masa kini. Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang Keusahawanan Internet dropship adalah kaedah yang paling baik sekali dilakukan sebagai permulaan.

Saya secara peribadi amat menyokong kaedah dropship ini jika anda ingin menyelami dunia perniagaan melalui internet. Walau bagaimanapun adakalanya pihak penjual  akan mengambil kesempatan terhadap anda untuk menutup kelemahan mereka.

Untuk mereka yang masih baru dengan konsep usahawan internet ini, sila rujuk gambar di bawah.

Konsep dropship seperti rajah di atas selalunya berlaku apabila anda sama ada mahir atau separa mahir dalam bidang ICT serta memiliki laman web dan anda ingin mencari produk yang boleh dijual. Lalu anda berusaha mencari penjual dan menawarkan kepada mereka kepakaran anda supaya boleh menjual atau memasarkan produk yang berkaitan.

Dropship juga boleh berlaku apabila penjual mencari anda dan berikan “gula-gula” berikut:

  1. Tiada kos atau modal untuk memulakan perniagaan internet kerana anda hanya perlu mempromosikan produk penjual;
  2. Tugas anda hanya ambil pesanan dari pembeli dan buat tempahan kepada penjual;
  3. Penjual boleh berunding harga dengan anda dan anda boleh kaut keuntungan yang lebih sedikit;
  4. Penjual akan melakukan kerja pembungkusan dan mengepos kepada pembeli – anda hanya perlu ambil pesanan dan buat tempahan sahaja (rileks); dan
  5. Anda tidak perlu menyimpan stok;

Pada pandangan penjual anda ialah :

  1. Seorang ejen jualan percuma yang tidak perlu dibayar gaji;
  2. Dinding pelindung jika pembeli menghadapi masalah dengan produk mereka; dan
  3. Penyelamat” mereka jika berlaku tindakan undang-undang.

Inilah yang saya maksudkan bahayanya perniagaan dropship!  Bahaya apabila anda yang BARU menceburi bidang ini didatangi oleh penjual atau peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Sila kongsi dengan rakan anda di facebook

Golongan inilah sebenarnya yang merosakkan bidang perniagaan Internet gaya dropship. Walau bagaimanapun bukan semua penjual bersifat sedemikian. Tetapi bagaimana kita hendak menyelami apa yang ada dalam hati penjual. Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Selain berhati-hati atau menolak tawaran mereka saya syorkan anda melakukan langkah-langkah berikut :

  1. Siasat latar belakang syarikat penjual – pastikan sama ada mereka ini adalah pengilang atau pemborong?
  2. Siasat maklumat syarikat – nama pemilik, alamat, nombor pendaftaran syarikat dan nombor telefon;
  3. Kenal pasti kepakaran dan pengalaman mereka mengenai kerja pembungkusan dan pengeposan;
  4. Ambil tahu mengenai kos penghantaran/pos;
  5. Kenal pasti syarikat pos laju mana yang selalu mereka berurusan;
  6. Kenal pasti berapa orang pekerja yang mereka ada;
  7. Kenakan syarat secara bertulis atau kontrak umum dan mudah dengan mereka –
  • Jaminan gantian produk kepada pembeli jika rosak;
  • Jaminan pulangan wang jika pembeli tidak berpuashati;
  • Jaminan mengesan produk jika produk tidak sampai kepada pembeli;
  • Jaminan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan – tempahan dan pos; dan
  • Jaminan ganti rugi jika berlaku kesilapan oleh pihak penjual;

Saya mohon maaf kepada semua blogger dan peniaga dropship jika berlaku salah faham mengenai tajuk ini. Saya hanya mensasarkan maklumat khusus untuk mereka yang baru ingin mengenali apa itu dropship.Memang ada penjual yang tidak beranggungjawab, oleh itu berhati-hati.

Kesimpulannya perniagaan dropship adalah perniagaan yang sah jika ada persetujuan antara pembeli dan penjual. Anda juga boleh mengamalkan prinsip perniagaan Islam. Semasa bila anda ingin mengucapkan “saya jual”? Rajin-rajinlah melayari laman web dan cari maklumat.

Sekian.

Artikel lain yang mungkin menarik minat anda :

  1. Affiliate Dengan IKS Sokongan Kerajaan (buymalaysia.com) BARU;
  2. Pay Per Click The Malaysian Way;
  3. Perlu ke sewa kedai sebelum berniaga?;
  4. Google Webmaster Tool : Jarang Di Guna Oleh Newbie;
  5. Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda?
Check out My SEO Tools
This entry was posted in Risik Niaga and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Dropship Cara Perniagaan Yang Bahaya?

  1. Pingback: Peluang Affiliate Dengan Syarikat Sokongan Kerajaan | Komentar Umum Inaiputih

  2. Assalamualaikum Saya Mohammad Nazirul Bin Hisham ingin mengetauhi mengenai contoh format syarat secara bertulis atau kontrak umum seperti yang dinyatakan tadi. di manakah saya boleh dapatkan contoh format syarat secara bertulis atau kontrak umum itu? Harap Sedia Membantu sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s