Google Webmaster Tools : Jarang Dieksploitasi Oleh Pemula


Free Homepage TranslationGoogle Webmaster Tools (GWT) satu kemudahan percuma yang disediakan oleh Google Inc yang jarang digunakan oleh pemula blog (blog newbies). Ramai di kalangan  pemula blog atau laman web yang bukan berasaskan perniagaan amat gemar membeli perisian SEO yang ada di pasaran tanpa memahami tujuan sebenar SEO itu digunakan.

Artikel ini saya tujukan khas kepada semua blogger pemula (newbies) yang berminat untuk meningkatkan blog masing-masing. Pemula blog mudah terpengaruh untuk meningkatkan page rank masing-masing walaupun masih belum memahami sepenuhnya fungsi SEO. Pada hal kandungan blog masing-masing bukannya berasaskan perniagaan atau iklan semata-mata.

Saya sendiri pun masih baru dengan blog tetapi telah lama berkecimpung dalam laman web iaitu sejak tahun 1990-an pada zaman angefire.com dan geocities.com sedang popular. Sehinggalah saya telah dinasihati oleh seorang pakar agar berjinak dahulu dengan GWT.

Banyak kemudahan GWT yang boleh kita pelajari kalau kita berhasrat untuk meningkatkan pelawat datang ke blog kita. Antara ciri-ciri yang ada pada GWT ialah kata kunci pertanyaan/carian (query/search keywords). Melalui kata kunci carian, anda boleh tahu apakah kata kunci yang paling popular di enjin carian Google lalu pembaca mengklik pautan tersebut. Untuk blog saya kata kunci yang popular ialah “nuclear power plant in fukumi” dan “banjir di perlis 2011“.

Sila klik pada gambar untuk saiz yang besar.

Anda juga boleh mengetahui blog mana atau laman web mana yang ada meletakkan blog anda sebagai pautan. Rajah di sebelah menunjukkan wordpress.com sahaja terdapat 1593 pautan. Dari sini ini anda boleh merancang untuk meletakkan backlink di mana-mana blog. Anda juga boleh tahu kategori tajuk mana yang paling ramai pengunjung. Untuk di wordpress.com pengunjung sering datang untuk kategori “Rokok Elektronik” dan “Video Soley-Soley“.

Bagaimana hendak menggunakan GWT ini?

  • Pergi ke http://www.google.com
  • Klik pautan “Sign In“di penjuru kanan bahagian atas.
  • Klik “Register

Saya syorkan supaya anda mendaftar satu akaun e-mel di Gmail.com terlebih dahulu supaya memudahkan proses daftar masuk.

Sila kongsi maklumat ini di Facebook

Sekian, selamat mencuba.

Check out My SEO Tools

This entry was posted in Kongsi Info and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Google Webmaster Tools : Jarang Dieksploitasi Oleh Pemula

  1. Pingback: Dropship Cara Perniagaan Yang Bahaya? | Komentar Umum Inaiputih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s