Logo Halal Dari Negara Lain Tidak Boleh Pakai?


Free Homepage Translation
Jakim hanya mengiktiraf 47 badan halal dari 23 negara sahaja. Setiap badan itu menggunakan logo tersendiri yang kita perlu kenal pasti. Bukan sekadar ketika hendak merantau ke negara orang sahaja, tetapi banyak produk makanan dari negara luar telah pun membanjiri pasaraya di Malaysia.

zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Antara produk yang paling banyak mengikut pengamatan saya ialah :

  1. Minyak zaitun dari Sepanyol;
  2. Biskut dari Denmark dan China;
  3. Buah-buahan cocktail dari Thailand dan China;
  4. Produk serbuk minuman cokelat dari Brazil;
  5. Produk susu lembu dari Australia dan New Zealand; dan
  6. Produk perubatan herba dari India.

Sebenarnya ada banyak lagi, cuma untuk artikel ini saya sorotkan produk yang pernah saya lihat untuk dikongsikan bersama tuan puan.

Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) sendiri telah pun mengeluarkan senarai badan halal sedunia yang diiktiraf. Tuan puan boleh muat turun terus dari www.halal.gov.my atau klik untuk muat turun dokumen itu dalam format PDF.

Untuk produk dari negara China ada tiga logo halal seperti di bawah –

Islamic Association of Henan, China Shandong Islamic Aassociation China Islamic Association

Untuk produk dari negara Thailand seperti yang terdapat dalam senarai Jakim itu ialah –

Tetapi bagaimana pula dengan tiga lagi logo dari Thailand seperti di bawah –

Bentuk yang sama tapi warna yang berlainan. Mungkin Central Islamic Committee Of Thailand (CICT) telah mengubah warna pada logo itu? Walau bagaimanapun logo di laman web CICT adalah sama seperti di dokumen yang dikeluarkan oleh Jakim  iaitu seperti di sebelah ini. Oleh itu kita harus berhati-hati. Sekali lagi saya syorkan kepada tuan puan supaya muat turun dokumen itu. Sila KLIK atau rujuk terus dengan Halal Industry Development Corporation.

Ini adalah logo halal dari negara Brazil, sama seperti yang dikeluarkan oleh Jakim. Tuan puan boleh rujuk terus dengan Federations of Muslims Associations in Brazil (Fambras). Produk dari Brazil yang banyak terdapat dari Malaysia adalah dalam bentuk serbuk minuman seperti koko, kopi atau cokelat.

Dijemput kongsi maklumat ini di facebook

Logo halal dari negara Australia pula ada 13 !!! Tetapi tuan puan tidak perlu risau, 13 logo dari Australia itu menjadi penting jika kita hendak ke sana. Produk daging dari Australia yang ada di pasaraya Malaysia amat sedikit. Saya yakin kita lebih suka membantu peniaga lembu dari Malaysiakan? 🙂

Bagaimana pula dengan India? Memang diakui ada banyak logo dari India tetapi yang terdapat dalam senarai Jakim hanyalah dari Jamiat E ulama E Hind Maharashatra State seperti yang terpapar di sebelah ini.  Tuan puan boleh rujuk terus laman web mereka KLIK.

Akhir sekali ialah Sepanyol. Sepanyol banyak mengeksport minyak zaitun ke negara kita. Tetapi logo dari Sepanyol tiada dalam senarai. Bagaimana? Bolehkah kita  bersandarkan pada logo dari Halal Food Council? Tetapi logo badan ini tiada dalam senarai Jakim. Setakat ini Jakim hanya mengiktiraf 47 badan halal dari 23 negara sahaja. Mungkin juga pihak Jakim sedang mengemas kini senarai yang ada. Kita tunggu dan rajin-rajinlah melayari laman web http://www.halal.gov.my.

Akhir kata, Islam telah pun mendidik kita yang salah satunya ialah supaya kita sentiasa mengambil berat tentang kehalalan makanan. Kasihkan Allah dan Rasulnya. Hati-hatilah.

>> Berita terkini mengenai Bir Halal dari Berita Harian Online. Klik. <<

Sekian.

Rujukan :

  1. Halal Industry Development Corporation
  2. Takrifan logo HALAL Jakim
  3. Halalguide.org
  4. Halal Hub Division, Jakim.
http://www.linkvendor.com/seo-tools/pagerank-check.html
Topik Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda :
  1. Strategi Lautan Biru – Ringkasan Kandungan
  2. Darah Tinggi : Dari Tiada Menjadi Ada. Bagaimana?
  3. Kejayaan Datuk Nicole Tidak Mengajar Kita?

PageRank analysis

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Logo Halal Dari Negara Lain Tidak Boleh Pakai?

  1. Pingback: Hari Pekerja 1 Mei dan Gaji Sejam Anda Di Malaysia. | Komentar Umum Inaiputih

  2. I like reading through an article that can make men and women think.
    Also, many thanks for permitting me to comment!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s