Akibat Clearomizer Rintangan Rendah


Free Homepage TranslationSalam sejahtera,

Artikel kali ini adalah mengenai pentingnya pengetahuan oleh pengguna rokok elektronik mengenai rintangan yang ada pada clearomizer atau CE2R4.  Apa itu rintangan? Kenapa pengetahuan mengenai rintangan ini penting kepada pengguna rokok elektronik? Adakalanya perisa menjadi tidak sedap, kenapa?

Rintangan”  adalah bahasa Melayu dan merupakan istilah penting dalam bidang kejuruteraan elektronik, bahasa Inggerisnya pula ialah resistance. Unit untuk mengukur resistance ialah Ohm. Resistance sebenarnya ialah istilah yang menghuraikan kuasa yang bertentangan dengan aliran elektrik yang mengalir di konduktor atau gegelung.

Apa itu clearomizer dan CE2R4? Sila rujuk artikel saya yang lain. KLIK

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk memahami struktur clearomizer atau CE2R4.

Structure of clearomizer

Jika anda perhatikan pada penghujung cartomizer, anda akan dapati sejenis gegelung yang berfungsi untuk membakar cecair atau perisa yang melalui benang (wick). Gegelung ini dalam bidang elektronik digelar sebagai konduktor. Semakin besar sumber elektrik maka semakin besar resistance diperlukan.

Jadi apakah kaitannya dengan kita sebagai pengguna rokok elektronik?  Pernahkah anda merasa burned taste bila menggunakan CE2R4 atau clearomizer? Rasa seolah-olah gegelung dalam clearomizer sudah over heating dan anda hilang mood untuk menghisap rokok elektronik. Pendek kata rasa tak sedap. Kenapa?

Ini berlaku sebab anda membeli atau menggunakan clearomizer atau CE2R4 yang mempunyai kuasa resistance yang rendah iaitu 2.5 ohm ke bawah. Kita telah pun sedia maklum kuasa bateri yang ada pada rokok elektronik di pasaran Malaysia ialah 3.7 volt. Jawapannya makin besar volt maka makin besar kuasa elektrik akan mengalirkan? Ini bermakna gegelung tadi memerlukan resistance yang lebih besar.

Makin besar resistance maka makin tinggi ketahanan gegelung. Resistance yang besar juga memberi impak pada ketebalan wap dan gegelung akan tahan lebih lama. Saya sebagai pengguna rokok elektronik amat mengesyorkan supaya anda membeli CE2R4 atau clearomizer dengan resistance 2.9 ohm ke atas.

Hal ini merupakan faktor utama kenapa ramai newbie tidak meneruskan penggunaan rokok elektronik. Sebab mereka “rasa tak sedap” walaupun diberi perisa yang sedap. Masalah resistance juga merupakan salah satu punca utama kenapa gegelung mudah kotor dan menebal.

Para pengedar rokok elektronik di Malaysia, sila ambil perhatian. Kami adalah pengguna.🙂

Kepada mereka yang tidak arif dengan istilah saintifik (macam saya), saya mengesyorkan supaya anda merujuk pada Wikipedia atau laman web lain untuk pengetahuan mengenai resistance.

Rujukan :

  1. en.wikipedia.org
  2. www.ndt-ed.org

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2. NEW
  18. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook
This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

21 Responses to Akibat Clearomizer Rintangan Rendah

  1. Ali says:

    Saudara inaiputih,

    Berapakah jumlah ohm bagi CE2R5 ?

  2. Ali says:

    Ooo.. Kira ok la yg M’sia punya, tp kalau ada rasa burn taste lg mgkin sbb liquid nak kena tmbh kot..

    Tp saya penah ternampak kat satu laman web yg menjual CE2R5 tu bgtau ohm 2.4 – 2.6 kalau x silap. Kira ok la tu kan..

    • inaiputih says:

      kalau masih ada rasa burn taste lagi tonggengkan atau laras supaya selari (macam hisap rokok) supaya liquid tadi hampir mengenai coil ….

  3. TangoCharlie says:

    Maklumat-maklumat di sini amat berguna untuk pengguna e-cig.
    Tahniah & terima kasih atas kesudian saudara berkongsi maklumat.

    Happy vaping !🙂

  4. Ali says:

    Terima kasih saudara inaiputih atas maklumat yg diberikan..

    Saudara pernah dgr tentang Clearomizer Vortex ? Apa pendapat saudara mengenainya dan sudahkah ia dijual di Malaysia ?

    • inaiputih says:

      Ya … tetapi setakat yang saya tahu, belum ada lagi pengedar RE di Malaysia menjual jenama ini.
      Tapi yang menarik minat saya ialah angka 808 yang tertera … adakah 808 tu saiz battery connector atau sekadar nombor sahaja?

      Kalau nombor itu mewakili saiz, pastikan bateri yang bersesuaian sahaja atau gunakan adaptor kalau hendak digunakan dengan EGO, KGO ata E-Power …

  5. hadi asnor says:

    berkenaan dgn ce2 R4..sy peminat setia model tersebut..sy nk tnye,brape lame kah jangke hayat ce2 r4 tersebut..??mksud sy,setelah dicuci dan digunakan..?? sebulan..?? 2 bulan..?? lg 1 sy nk tnye..berkenaan dgn cucian..brape kali @ brape kali penoh tiub ce2 r4 itu penoh n perlu dicuci..?? mksud sy 1 kali gune da kne cuci @ mcmane..?? tq 🙂

    • inaiputih says:

      rasanya dah jawab masa kita berkomunikasi di facebook tadi kan?🙂
      Tapi mungkin ada pembaca lain yang bukan ahli GVM nak tau jugak. saya ulang kembali jawapan.

      Pada saya penggunaan SCR4T (Single Coil R4 Tank) 3 ml, hanya sekali sahaja. Maksudnya coil akan mula berkerak pada sekali pemakaian untuk tuangan 3 ml. Kemudian anda kena basuh dan lakukan dry burn.

      Walau bagaimanapun saya enggan jadikan kaedah ini satu ketetapan (rules) kerana lain orang lain ragamnya. Tapi majoriti pengguna SCR4T memberitahu hanya sekali pakai sahaja, coil dah mula berkerak. Ada orang 3 ml tu boleh abis dalam tempoh 2 jam sahaja. Ada orang ambil masa seharian.

      Asasnya, sekali pakai sahaja. Sebelum tuangan kedua, elok basuh dan dry burn dahulu supaya jangka hayat coil berpanjangan.

      Sekian.

  6. Abu Umar says:

    Assalamualaikum Saudara..

    Saya baru je nak berjinak² dengan RE nih. Banyak sgt perkara yang saya tak tahu mengenainya. Jadi boleh tak saudara InaiPutih cadangkan kat saya nak beli RE jenis apa ye? Saya ni jenis Mild Smoker tapi hampir ke Heavy gaklah. Agak² yang mudah penyelenggaraannya lah.. Maklumlah, saya ni belum pro bab RE nih.

    Terima Kasihlah kerana membantu..

  7. inaiputih says:

    KGO atau Ego-T. Tapi denganr khabarnya dah pakai Mortarkan?

  8. minanKTB says:

    salam saudara saudari sekalian.. Sy ada membeli satu unit e cigar lavatube 2.0.. Masalahnya skrg, sy bru mengunakan 4 5 kali sahaja e cigar tersebut.. Lepas tuh langsung x berfungsi.. “ON” dpt.. Tp nak hisap tuh x kuar asap.. Apa sbnrnya kerosakan yang sy alami skrg..? Tolong bantu sy org yg bru nak menjinakkan diri mnjd pengguna e cigar.. Terima kasih..

  9. abgsidi says:

    Xyah susah2 da skrg..sy pakai ego c twist.. Boleh adjust.voltan ikut sedap.sndiri nk rasa burn lbih atau.kurg..

  10. zaba says:

    Salam All..just nak tau kalu new beginner beli yg ego-w with battery 650mah sesuai x?baru nak servey2..n boleh tlg bagi opinian x yg mane sesuai n berbaloi.budget rm100++..tqvm

  11. Eemran says:

    saudara admin, boleh berikan saya senarai penjual yg menjual Clearomizer 2.9ohm ke atas atau saudara admin ada menjualnya. saya ingin membeli. terima kasih,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s