Hari Pekerja 1 Mei dan Gaji Sejam Anda Di Malaysia.


Logo Hari Pekerja 2011 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (www.dsd.gov.my)

Free Homepage Translation

Apa istimewanya 1 Mei dalam setiap tahun kita sebagai pekerja akan bercuti? Cuti ini dinamakan sebagai “Hari Pekerja” atau di sesetengah negara menamakannya sebagai “Hari Buruh”. Apa istimewanya tarikh ini?

Adakah kita sebagai pekerja di Malaysia pernah berfikir mengenai hal ini? Adakah kita manfaatkan sepenuhnya tempoh lapan jam sehari supaya menghalalkan gaji kita? Ya, memang kita menerima gaji setiap bulan tetapi pernahkah kita berfikir gaji kita dibahagikan dengan hari dan mengikut jam? Jika pernah, tidak terfikirkah anda jika anda melakukan kerja-kerja lain pada waktu itu? Halalkah?

Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, gerakan ini telah merebak ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang berasaskan industri pada masa itu seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.

Jemput kongsi maklumat ini di Facebook

Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Logo IWA dari commons.wikimedia.org

Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866  dan membuat peristyharan iaitu:

“Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.”

Perjuangan ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh semasa pilihanraya di Kanada pada tahun 1872, maka  Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat  telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-

“Lapan jam kerja,Lapan jam berekreasi,Lapan jam berehat.”

Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.

Allahyarham Tun Dr. Ismail. Sumber dari nst.com.my

Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh Malaysia pada hari ini merupakan kali yang ke-29 dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Kini anda telah tahukan sejarah bermulanya waktu bekerja lapan jam sehari. Adakah anda benar-benar bekerja selama lapan jam sehari dengan mengambil kira faktor rehat yang terlebih, waktu ke tandas atau lain-lain aktiviti yang tiada kaitan tugasan anda? Fikirkanlah.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sekian.zzzzzz

Sumber rujukan :

  1. Blog CUEPACS
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapan_jam_sehari
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja
  4. International Workingmen’s Association di Facebook.
  5. Institut Sumber Manusia Kebangsaan
  6. Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM.
  7. Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Artikel lain yang mungkin menarik  minat anda :

  1. Erti Lautan Biru Pada Organisasi Anda.
  2. Entri Anwar Ibrahim Lebih Tinggi Dari Presiden Obama.
  3. Logo Halal Negara Lain Tidak Boleh Pakai?
  4. Video Ustaz Kazim – Dunia Ini Ibarat Permainan.

~ 1 Mei Hari Pekerja ~ Selamat Hari Pekerja ~ Hari Pekerja Malaysia

This entry was posted in Kongsi Info, Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s