Apa beza Chernobyl, Fukumi, K-431 dan USS Nimitz?


Pembinaan reaktor nuklear di Fukumi, Jepun dikatakan adalah lebih baik dari reaktor nuklear Chernobyl, Ukraine yang pernah meletup pada 26 April 1986. Sudah menjadi prinsip sesebuah negara untuk mengkaji struktur binaan reaktor nuklear yang pernah mengalami kemalangan supaya binaan yang lebih kukuh dan selamat dapat dilakukan.

Namun tiada manusia yang boleh mengatasi Ilmu Maha Esa. Reaktor nuklear Fukumi didakwa boleh bertahan atau tetap teguh walaupun berlaku gempa bumi, namun tiada siapa yang boleh menjangkakan ketahanannya terhadap tsunami. Apatah lagi belum ada reaktor nuklear di dunia sebelum itu yang mengalami kemalangan akibat limpahan air laut.

K-431 submarine. Image from http://www.time.com

Apa itu K-431? K-431 adalah merupakan kapal selam Russia yang menggunakan gabungan teknologi nuklear dan minyak sebagai sumber kuasanya. Kapal selam ini telah meletup dan melepaskan bahan radiokatif ke udara sewaktu pengisian minyak pada 10 Ogos 1985 di Teluk Chazma berhampiran dengan Vladivostok, Russia. Kemalangan itu menyebabkan 10 anak kapal menemui maut akibat letupan dan  49 orang lagi dilaporkan mengalami kecederaan radiasi.

Kapal perang terbesar di dunia - USS NImitz. Sumber dari http://www.newlaunches.com

Amerika Syarikat juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi nuklear pada sistem pertahanan mereka. USS Nimitz kapal perang terbesar di dunia mula beroperasi pada 30 Jun 1975 memiliki kuasa kelajuan 30 knot (56 km/jam) dan 260,000 kuasa kuda. Reaktor nuklear yang terdapat pada bahagian tengah kapal ini berfungsi untuk mengeluarkan haba. Haba yang terhasil akan mengerakkan turbin. Kecanggihan teknologi ini menyebabkan USS Nimitz tidak perlu diisi minyak walaupun belayar selama 20 tahun.

Kongsi maklumat ini di Facebook

Bayangkan jika kapal ini meletup ketika melalui Selat Melaka. Berapakah kadar atau tahap radiasi yang akan terhasil jika berlaku letupan pada bahagian tengah kapal ini? Negara India sendiri pernah melahirkan rasa kebimbangannya apabila kerajaan AS memohon kebenaran supaya USS Nimitz dapat berlabuh di India. Walaupun AS mendakwa pemantauan terhadap penambahbaikan keselamatan kapal ini dilakukan  dari semasa ke semasa namun tahukah mereka kemalangan tidak mustahil akan berlaku?

Memang diakui di seluruh dunia bahawa penggunaan tenaga nuklear lebih menjimatkan kos tenaga berbanding dengan minyak. Tetapi kos pembinaan reaktor nuklear termasuk struktur yang mementingkan keselematan pula berapa? Bagaimana pula dengan reaktor nuklear di Bangi?

Rata-rata masyarakat jika ditanya mengenai penggunaan nuklear akan meluahkan rasa kebimbangan berbanding dengan kebanggaan walaupun mereka diberitahu akan menikmati penjimatan penggunaan tenaga. Apa pula kata anda? Antara penjimatan kos atau nyawa manusia?

Rajin-rajinlah melayari internet untuk memperolehi pengetahuan mengenai penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga yang menjimatkan ini.

Rujukan :

  1. www.time.com;
  2. Wikipedia – Nimitz Class;
  3. www.fas.org;
  4. Wikipedia – Chernobyl Disaster;
  5. Radiationworks;
  6. Majalahsains.com

Topik lain yang mungkin menarik minat anda :

  1. Unit Perang Siber Yang Ada Di Dunia;
  2. Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda?
  3. Cara menggunakan Pay Per Click Malaysia.
This entry was posted in Kongsi Info and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s