Giantomizer V2 Tidak Boleh Tonggeng?


Salam sejahtera,

Giantomizer versi kedua kini telah berada di pasaran Malaysia 2 minggu yang lalu.  Saya telah menggunakannya sehingga hari ini dan didapati tiada masalah leaking lagi. Walau bagaimanapun ada setengah pengguna mendakwa Giantomizer kali ini masih ada masalah. Sebenarnya bukan masalah besar dan ada cara nak mengatasinya.

Masalah terjadi apabila perisa akan keluar dan melekat dimulut kita apabila kita menyedut terlalu banyak. Perkara ini timbul kerana lubang driptip yang terlalu kecil menyebabkan wap yang terkumpul tadi bertukar menjadi cecair dan kita sangkakan Giantomizer ini bocor di atas pula. Bukan bocor tetapi wap yang terlalu banyak bertukar menjadi cecair semula.

Bagaimana nak mengatasinya? Cari washer di kedai DIY atau hardware yang ukur lilitnya sama saiz dengan lubang Giantomizer. Masukkan driptip baru ke lubang washer dan letakkan Giantomizer. Lubang driptip adalah lebih besar berbanding dengan driptip Giantomizer yang asal. Sila rujuk gambar di bawah.

Driptip dan washer

Driptip digabungkan dengan washer

Giantomizer dan driptip mod

Hari ini merupakan hari ketujuh saya  telah menggunakan Giantomizer. Memang ada kepuasan tahap tinggi tambahan pula saya tidak perlu kerap mengisikan perisa ke dalamnya. Untuk saya 3.7ml, kira cukup sehari suntuk selama 12 jam. Tapi ada otai lain kata kata tak cukup, kena dua kali isi, fuhhhh memang heavy betul. Kalau mild smoker, mahu seminggu tak habis! Jadi kepada mild smoker mungkin anda sudah ada pertimbangan sama ada mahu beli ataupun tidak.

Orang seperti saya yang selalu ada tugasan luar akan rasa puas terutamanya ketika memandu jarak jauh kerana tidak perlu kerap mengisi perisa jika sudah berkurangan. 3.7ml memang cukup untuk saya.

Sekian.

Topik lain berkaitan dengan rokok elektronik :

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2.
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia NEW
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook
This entry was posted in Rokok Elektronik, Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s