Kenali Aksesori Rokok Elektronik (2) 310 401 510 901


Apabila anda mencari rokok elektronik yang bersesuaian di Internet anda akan dapati ada nombor seperti 510, 901 dan 401 pada setiap jenama? Apakah maksud nombor ini?

Sebenarnya nombor itu merujuk kepada saiz battery connector rokok elektronik tersebut. Kepada yang telah ada rokok elektronik ambil masa sebentar – buka atomizer atau cartomizer anda dan lihat pada hujung bateri anda, itulah battery connector.

Untuk pengguna jenama EGO, KGO dan Epower – saiz battery connector anda ialah 510 seperti yang tertera di gambar sebelah ini. Saiz 510 merupakan saiz yang paling banyak di pasaran Malaysia.

Selain itu terdapat juga saiz 310 dan 401. Tuan puan boleh nampak beza rupa fizikalnya dengan nyata. Kebanyakan jenama Smoker Haven atau yang sebentuk dengannya menggunakan battery connector 401, 310 atau 201.

Kenapa maklumat ini penting kepada anda? Sebab ada di kalangan penjual rokok elektronik di Malaysia menjual jenama lain di mana battery connector tidak mengikut saiz cartomizer 510. Sedangkan atomizer serta katrijnya untuk jenama yang tidak popular itu adalah terhad. Dalam erti kata lain after sale stock adalah teramat kurang dan tidak boleh menggunakan cartomizer atau clearomizer 510.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Anda boleh menggunakan adapter 510. Ya, pengguna Smoker Haven juga boleh menggunakan cartomizer 510 untuk kapasiti perisa 1 ml. Semua pengguna rokok selain saiz 510 boleh menggunakan cartomizer dengan menggunakan adapter. Maklumat lanjut serta gambar mengenai adapter boleh layari di laman ini >> Cloud9vaping.

Kepada pengguna jenama Smoker Haven dan yang sebentuk dengannya anda boleh membeli cartomizer o.7 ml (seperti gambar di sebelah) di sini >> Lelong. Kekadang saya berasa kesian kepada rakan saya yang terpaksa mengeluarkan wang saku yang banyak untuk membeli katrij. Perbelanjaannya adalah lebih banyak berbanding rokok analog.

Saya harap maklumat ini berguna kepada tuan/puan pembaca. Seperti juga kereta, sebelum membeli kita akan selalu bertanya spare part senang dapat tak? Begitu juga dengan rokok elektronik, apa guna beli jenama yang tidak mengikut pasaran tempatan. Kesimpulannya, after sale stock yang paling banyak di pasaran Malaysia ialah yang bersaiz saiz 510 termasuk 310 dan 401.

Sekian.

Topik lain berkaitan dengan rokok elektronik :

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2.
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia 
  19. Sertai Grup E Cigar X-Change Info di Facebook
This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s