Selamat Hari Bapa 19 Jun – Blog Kepada Ayah


Ayah,

19 Jun menjelang tiba. Di Malaysia lazimnya Hari Bapa di sambut pada hari Ahad yang ketiga setiap Jun. Maknanya 19 Jun 2011 nanti merupakan hari khas untuk ayah walaupun pada kami hari untuk ayah ini sebenarnya adalah setiap hari.

Ayah,

Kalau emak masih hidup tentu ayah dengan emak seronok melihat anak-anak berjaya dalam perlajaran dan kehidupankan? Sudah berkahwin dan ada anak-anak. Tentu ayah dengan emak tak lepas peluang bermain dan bermanja dengan cucu-cucu. Cucu ayah sekarang dah tiga orang dan bakal menerima seorang lagi sekitar bulan September nanti.

Ayah,

Bagaimana keadaan kami jika ayah tiada nanti? Hanya Allah sahajalah tempat kami mengadu domba. Insyallah kami tidak akan lupa apa yang ayah didik kami selama ini. Insyallah kami adik beradik akan bersatu hati … tidak berpecah belah.

Ayah,

Kami adik beradik akan sentiasa mendoakan untuk ayah dan arwah emak. Insyallah kami akan mendidik cucu-cucu ayah sebagaimana ayah mendidik kami dulu. Insyallah cucu-cucu ayah akan menjadi orang yang beriman dan berguna di sisi masyarakat.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa ku dan kedua ibubapa ku, kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengansihani ku sejak kecil “

Untuk itu kami adik beradik mengambil kesempatan di blog ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah yang kami kasihi kerana :

  1. … berjaga malam bersama ibu semasa kami masih bayi;
  2. … bersabar membesarkan kami berempat;
  3. … menanggung perbelanjaan semasa persekolahan dan di universiti;
  4. … mengikat perut supaya kami cukup belanja;
  5. … menjadi penasihat utama ketika kami mengharungi kehidupan mencabar;
  6. … sentiasa memberi sokongan kepada kami;
  7. … mendidik kami menjadi orang berguna pada masyarakat;
  8. … di atas segalanya.

Ayah, mohon ampun sekiranya kami  –

  1. … pernah buat ayah rasa tersinggung;
  2. … menyebabkan ayah letih menjaga cucu walaupun ayah suka;
  3. … menyebabkan ayah pernah jatuh sakit lalu merahsiakannya dari kami;
  4. … membiarkan ayah rasa keseorangan selepas emak meninggal dunia pada tahun 1996;
  5. … pernah buat ayah menanggung hutang kerana hendak memastikan kami cukup belanja;
  6. … di atas semua salah dan silap kami.

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah ibu kami Norsiah Binti Hj Adham yang meninggal dunia pada 29 Jun 1996.

—ooOoo—

Koleksi ayat al_Quran mengenai ibu bapa :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Luqman – 14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” [al-Ahqaf 46:15]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”  [al-Isra 24-25]

Hadith Nabi SAW mengenai ibu bapa :

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

“Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Selamat Hari Bapa 19 Jun – Blog Kepada Ayah

  1. najib putrajaya says:

    salam tuan…satu nukilan yang baik dan menyentuh jiwa seorang insan yang bernama “ANAK”…semoga ianya menjadi pedoman hidup kepada orang lain yang masih mempunyai ibu dan ayah untuk dikasihi..

  2. rosidah says:

    syahdunya baca nukilan kat atas tu..semoga arwah ibu inaiputih selalu dibawah RahmatNya..Amin. SL pula kehilangan ayah (panggilan ‘che’) masa hidupnya). Arwah che memang seorang ayah yg baik pd semua orang…doakan juga arwah ‘che’ SL dlm RahmatNya.Amin..SL sayang ‘che’.

  3. inaiputih says:

    Amin … moga roh arwah che’ dicucuri rahmat … doa seorang anak kepad arwah bapa atau ibu insyallah akan terus sampai, itulah yang diajar oleh Rasul kita …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s