Rokok Elektronik : Ulasan Vortex dengan penyesuai (adapter)


Salam sejahtera,

Artikel kali adalah mengenai Clearomizer versi Vortex dengan penyesuai (adapter). Saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya kerana memberikan cadangan untuk menguji Vortex. Sokongan dari anda amat berharga pada saya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekeliruan di kalangan pengguna rokok elektronik mengenai Vortex versi baru dan G4 Carto. Saya rasa elok diperbetulkan dahulu salah faham ini dengan menceritakan serba sedikit sejarah Vortex.

Pada peringkat awalnya, Vortex direka khusus untuk rokok elektronik di mana penyambung baterinya (battery connector) bersaiz 808. Pengeluaran pada peringkat awal mengalami masalah kebocoran pada bahagian bawahnya lalu pengilang membuat sedikit inovasi dengan menambah kapas pada bahagian bawah untuk mengatasi masalah kebocoran itu. Jadi Vortex asalnya adalah fillerless atau foamless seperti yang tertera pada gambar sebelah.

Vortex yang saya hendak ulas ini ialah sejenis clearomizer baru yang berjenama Vortex dengan menggunakan penyesuai seperti gambar di sebelah kiri. Apa pula G4 Carto? G4 Carto juga direka oleh pengeluar yang sama, cuma G4 carto ini boleh digunakan terus dengan rokok elektronik jenama EGO dan KGO tanpa menggunakan penyesuai. Persamaan antara Vortex dan G4 ini ialah alat pemanasnya terletak pada bahagian bawah.Berbeza sama sekali dengan CE2 atau Clearomizer yang menggunakan benang silikon (wick) di mana gegelung pemanasnya terletak pada bahagian atas.

Berdasarkan penerangan di atas diharap saudara faham bahawa ulasan saya pada kali ini hanyalah khusus untuk Vortex baru yang menggunakan penyesuai ke atas EGO atau KGO sahaja, bukannya G4 Carto dan bukannya penggunaan ke atas rokok elektronik saiz 808 ya! Sila lihat gambar di sebelah ~ Vortex yang menggunakan penyesuai 501.

Untuk menguji Vortex ini saya telah menggunakan perisa dari USA dan China (Hang Sen dan Dekang) serta 3 jenis driptip. Sila lihat gambar di bawah.

1) Sebelah kiri sekali ialah driptip asal.

2) Bahagian tengah driptip getah.

3) Sebelah kanan ialah driptip lutsinar (transparent driptip).

Pada mulanya saya menggunakan driptip asal ketika mengambil Vortex ini. Nyata tidak memberikan kepuasan kepada pengguna jenis heavy smoker seperti saya. Untuk berlaku adil saya menggunakan driptip getah, kesannya, wap amat sedikit yang keluar ketika menyedut dan tiada rasa throat heat.

Oleh itu saya mula menggunakan driptip kegemaran saya yang jenis lutsinar. Nah, anda akan dapat throat heat yang lebih hebat berbanding clearomizer. Wap yang keluar amat banyak.

Kebiasaannya wap yang banyak selalunya berlaku apabila kita mengambil VG, tetapi dengan menggunakan Vortex ini, wap dari PG pun sama banyaknya seperti VG. Kemudian saya mencuba pula perisa dari USA ~ lime mint dan redbull. Sama seperti perisa buatan dari negara China, wapnya pun banyak dan rasa perisa tidak hilang cuma manisnya kurang sedikit.

Sesuatu yang pelik sedikit ialah, tempoh pengambilan untuk 1 ml lebih lama berbanding cartomizer saiz yang sama. Dalam erti kata lain, perisa lambat habis sedikit berbanding ketika menggunakan cartomizer filler.

Banyak kelebihan lain menggunakan Vortex ini. Antaranya ialah :

  1. Mudah diisi walaupun memandu kereta. Anda tidak perlu menggunakan pencungkil untuk mencungkil donut dan syringe, cuma tuangkan sahaja cecair ke dalam Vortex.
  2. Amat mudah diuruskan.
  3. Rasa perisa yang asal.

Walau bagaimanapun, diakui ada beberapa kelemahan kecil. Antaranya ialah :

  1. Rokok elektronik tidak boleh tonggeng jika anda menggunakan driptip jenis lutsinar kerana tiada getah bulat untuk menghalang cecair keluar dari balang. Berlaku kepada saya ketika sedang solat, waktu sujud. Aduh.
  2. Penyesuai perlu diketatkan dengan kekuatan yang minima termasuklah ketika memusingkan Vortex pada penyesuai. Jika tidak, rokok elektronik anda tidak akan berfungsi. Bermakna, pengguna rokok elektronik jenis EGO dan KGO yang ingin menggunakan Vortex dengan penyesuai perlu bijak dan berhati-hati ketika memusingkan penyesuai pada battery connector.
  3. Burned taste tetap berlaku selepas sedutan 4 untuk perisa dari China dan sedutan keenam untuk perisa dari USA. Cara mengatasinya ialah, tunggu sebentar untuk tempoh 30 saat. Insyallah, rasa burn taste hilang sebentar.
  4. Untuk penggunaan pertama kali, selepas menuangkan perisa, sila tunggu untuk beberapa minit supaya kapas bahagian bawah vortex dapat menyerap perisa itu sepenuhnya. Jika tidak akan rasa burn taste yang amat sangat.

Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan penggunaan Vortex kepada pengguna yang sudah lama menggunakan rokok elektronik (lebih dari dua bulan pun sudah mencukupi). Tidak digalakkan kepada pemula (newbie). Ini disebabkan penyesuainya yang perlu dipusing dengan teliti dan tidak terlalu ketat.

Tetapi jika anda enggan menggunakan penyesuai, eloklah anda gunakan terus G4 carto yang boleh masuk terus ke EGO dan KGO tanpa penyesuai. Kelebihan vortex dan G4 ini ialah kerana rasa perisanya lebih nikmat.

🙂 Sekian.

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah :

  1. Stevape.com
  2. Forum di nu-vapor.com
  3. Forum di e-cigarette-forum.com

Topik baru yang lain :

Rokok Elektronik : Panduan Menguji Liquid

This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Rokok Elektronik : Ulasan Vortex dengan penyesuai (adapter)

  1. ezham says:

    belum sempat test lagi. masa jumpa reseller hari tu, stok belum sampai lagi. Insya Allah kalau ada barang nanti saya try.

  2. Ali says:

    Terima kasih saudara inaiputih, maklumat yg diberikan cukup memuaskan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s