Pesan Syaitan Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Entah kenapa, kali ini keseronokan menanti kehadirannya tidak seperti sebelum ini. Apakah istimewanya tahun ini berbanding tahun sebelumnya? Mungkin tahun ini kali pertama saya berpuasa dan berbuka tanpa merokok? Tak tahulah nak kata macam mana.

Tetapi seperkara yang menarik dan hendak dikongsikan dengan saudara ialah melalui cerita yang pernah diceritakan oleh arwah opah kepada saya semasa masih kecil. Bila dikenang balik, bagus juga kaedah opah saya mengajar dan mendidik saya tentang agama.

Kisahnya ialah pesan syaitan kepada rakan-rakannya pada penghujung Sya’aban. “Nafs Makan … kalau boleh berilah nikmat pada perut dan rasa pada lidah manusia ya. Supaya bila manusia berbuka, dia akan berbuka dengan rakus dan tidak mengikuti sunnah nabi Muhammad. Itu sudah menjadi kemenangan untuk aku, walaupun kena belenggu sepanjang ramadhan ini.”

“Bila sahur pun macam tu juga. Berikan rasa nikmat sehingga manusia jadi pelahap walupun sahur. Seolah-olah makanan itu tidak akan diperolehi semasa berbuka nanti.  Bila sahur dah makan banyak, maka badan nak tidur sebelum menunggu waktu subuh. Bila sahur dah makan banyak, badan akan panas maka datang pula hasrat nak pasang air-cond atau kipas supaya sejuk. Bila sejuk  nanti rakan kamu Nafs Tidur akan menjalankan peranannya.”

“Nafs Tidur … sepanjang ramadhan aku tidak dapat nak memberatkan matanya supaya manusia susah bangun untuk solat subuh. Jadi bekerjasamalah dengan Nafs Makan ya. Bila dia tidak mengikuti sunnah Rasul mengenai cara-cara makan … itu pun sudah jadi kemenangan untuk aku. Bila manusia makan dengan banyak … dia akan jadi malas dan kuat tidur.”

Hmmm mudah sahaja ceritanya tetapi bila dikenang kembali, itu bukan sekadar cerita sahaja.  Memang ada dalam hadis mengenai kaedah makan dan tidur, cuma keadah penyampaian opah saya ialah dalam bentuk bercerita dan diolah supaya sesuai dengan kanak-kanak.

macam mana kita hendak didik anak kita mengenai puasa ni? Jom sama-sama kita fikir.

This entry was posted in Umum and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s