Revolution V2 – Arial walkie talkie berisi air?


“Kenapa arial walkie talkie Encik ada air?” soalan yang diajukan kepada saya semasa mengewap menggunakan Revolution V2.🙂 Revolution V2 atau lebih dikenali sebagai RevoV2 sudah dua bulan berada di pasaran Malaysia. Saya diberi kesempatan untuk menguji rokok elektronik ini oleh salah seorang dari penjual tempatan.

Untuk lebih adil saya menggunakan clearomizer mod  dan juga cartomizer filler yang dibekalkan. Penggunaan cartomizer filler memerlukan anda memicit botol yang disikan dengan perisa. Botol berkenaan diletakkan dalam bingkai plastik. Anda boleh lihat pada gambar berikut :


Berikut merupakan ulasan saya

Tempoh masa sebelum caj semula

Dari hari pertama saya diberi, terus saya guna sehinggalah kuasa bateri habis. Masa penggunaan untuk perokok tegar seperti saya ialah melebihi 24 jam. Tempoh masa yang amat memuaskan hati kepada perokok tegar. Jika anda adalah mild smoker kemungkinan tempoh ini mengambil masa 4 hari.

Keselamatan dan litar pintas (cut off)

Seperti juga jenama Ego dan KGO, tahap keselamatan jenama ini adalah tinggi. Pakej RevoV2 mempunyai 3 mod suis (LED, OFF dan On). Anda tidak perlu bimbang jika suis tertekan pada poket anda kerana fungsi OFF boleh digunakan. Perbezaan RevoV2 ini ialah, ianya tiada tempoh masa cut off – maksudnya anda boleh menyedut seberapa lama yang boleh tanpa risiko. Ini adalah disebabkan pengeluar RevoV2 telah menyediakan suis On dan Off. Sudah semestinya RevoV2 telah menepati piawaian antarabangsa mengenai tempoh keselamatan. 

Kuasa wap dan sensitiviti tekak (Throat heat)

Berbeza dengan EGO, KGO atau E-Power, RevoV2 menawarkan kepulan wap yang banyak di samping rasa “kelembutan”. Kepulan ini jelas walau pun anda menggunakan clearomizer mod. Apatah lagi jika menggunakan cartomizernya yang tesendiri. Throat heat tetap ada cuma rasa lembut. Saya mengambil kesempatan ini dengan menggunakan pelbagai perisa sama ada dari USA atau jenama Hang Sen. Kedua perisa ini memberikan kepuasan yang sama. Seperti biasa wap untuk perisa dari USA sedikit kurang berbanding disebabkan ratio VG yang kurang.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari menggunakan cartomizer, nyata kandungan PG dalam perisa dari USA ini boleh mencepatkan hayat cartomizer. Oleh itu, perisa dari USA tidak digalakkan pada cartomizer di RevoV2.

Anda disyorkan hanya menggunakan clearomizer atau CE2 sahaja. Berbanding EGO dan KGO, wap untuk perisa dari USA ini lebih tebal jika menggunakan  RevoV2 (dengan clearomizer atau CE2).

Keserasian dengan aksesori lain (compatibility)

Skru pada bahagian atas bateri memang serasi dengan CE2, CE2R4 dan cartomizer lain termasuk jenis mod saiz 510. Tetapi tidak boleh menggunakan Giantomizer. Walau bagaimanapun masalah ini boleh di atasi jika anda menggunakan alat suai pemanjangan (extension adapter).  Siapa sangka RevoV2 juga boleh menggunakan Giantomizer.

Kelebihan lain

  1. Amat sesuai untuk orang lama yang sudah biasa menggunakan PV jenama lain. Ianya lebih nampak trendy.
  2. Boleh dijadikan sebagai salah satu collectors item.
  3. Penyelamat anda di pasaraya kerana tiada siapa akan menyangkakan RevoV2 ini adalah rokok elektronik.
  4. Senang diuruskan.

Kelemahan dan cara atasi

Antara kelemahan kecil yang ada ialah –

  1. Cuma ada satu bateri yang terbina dalam (built in). Kepada yang sudah biasa dengan dua bateri mungkin akan rasa kekok sedikit bila tiba masa untuk mengecaj. Walau bagaimanapun, menurut penjual, RevoV2 juga boleh digunakan secara pass through ~  iaitu sambil mengecaj sambil menyedut. Ini ialah kerana RevoV2 dibekalkan dengan pengecas USB yang boleh juga dicaj di komputer riba, komputer dekstop atau pengecaj biasa.
  2. Dari segi bentuk, kepada peminat EGO atau KGO mungkin tidak gemar pada bentuk RevoV2 kerana nampak sedikit bulky. Tetapi lain orang lain cita rasa, kerana rupanya seakan telefon bimbit atau walkie talkie itu menampakkannya sedikit lebih trendy. Ini jelas kerana ramai di kalangan bukan perokok tertarik dengan bentuknya dan ada yang mencadangkan kepada pasangan masing-masing supaya beralih ke rokok elektronik hanya semata-mata terlihat pada RevoV2.

Sekian.

Topik lain sila klik –

  1. Page 1
  2. Page 2
  3. Page 3
This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s