Rokok Elektronik : Ulasan Jenama L-Rider


L-Rider Technology Co. Ltd merupakan salah satu pengeluar rokok elektronik terbesar yang mula beroperasi pada tahun 2008 dari wilayah Shenzen, China.  Syarikat ini menumpukan perhatian kepada bidang penyelidikan dan pembangunan rokok elektronik. Di atas komitmen ini, mereka telah pun memasarkan rokok elektronik voltan boleh ubah (variable voltage e cig atau VV). Di negara barat, produk ini lebih dikenali sebagai Lavatube VV.

Syarikat ini mendakwa produk ini memiliki ciri-ciri berikut :

  • Memiliki peranti pemboleh ubah
  • Menggunakan bateri 18650 (1700 mah)
  • Kawalan voltan dari 3.0v hingga 6.0v
  • Bateri boleh dikeluarkan dan ditukar
  • Terdapat butang keselamatan yang besar
  • Output boleh laras (Regulated output)
  • Perlindungan daripada atomizer yang sudah pintas (Shor circuit protection)
  • Perlidungan dari bateri sonsang (Reversed battery protection)
  • Perlindungan atau pemantauan bateri terlebih discaj (Monitoring or over-discharge protection)
  • Had keamperan 2.5 amp (Amperage Limiting to 2.5 amps)
  • Lubang pada penutup bateri di bahagian bawah sebagai keselamatan tambahan.

Kawalan voltan boleh dilakukan pada suis +/- . Pengguna boleh menggunakan 30 variasi kuasa voltan dari 3.0v hingga 6.0v mengikut citarasa masing-masing. Selain itu terdapat juga butang gerak (activate) ~ tekan selama 5 saat peranti akan on atau off. Suis yang sama juga boleh digunakan untuk menyemak kuasa voltan yang ada pada bateri apabila ditekan sebanyak 7 kali berturut-turut. Tetapi yang peliknya, fungsi ini tidak dinyatakan pula dalam buku manual yang dibekalkan.

Sekali baca memang teruja dan amat bersesuaian dengan pengguna yang terlibat dengan aktiviti lasak atau mereka yang tergolong dalam golongan heavy vapers.

Keselamatan & Ketahanan

Dengan perkembangan pengeluaran bateri yang ada seperti jenama AW IMR dan juga Ultrafire yang ada di pasaran Malaysia , maka saya melihat keselamatan penggunaan bateri berkenaan terhadap rokok elektronik perlu diberi perhatian utama.

Tambahan pula terdapat juga jenama lain yang  jenis boleh caj semula (rechargable) semakin membanjiri pasaran Malaysia masa kini. Ada yang berbentuk rata (flat top) di bahagian kepalanya menyebabkan rupanya sama seperti bahagian ekor lalu pengguna tidak dapat membezakan bahagian yang positif atau negatif, lebih memburukkan keadaan jika simbol (+/-) itu hilang pada bateri berkenaan. Untuk itu saya dengan sengaja memasukkan bateri secara sonsang, jelas peranti pada rokok elektronik ini seolah-olah me”mati”kan dirinya sendiri.

Saya juga telah menggunakan pengabus (atomizer) CE2 jenis mod yang telah rosak atau mengalami litar pintas. Seperti juga bateri sonsang tadi, peranti tidak berfungsi lansung. Secara tidak lansung, jangka hayat bateri akan bertahan lebih lama dengan adanya ciri keselamatan seperti ini.

Selain itu, tempoh masa cut off adalah mengikut piawaian seperti jenama lain, mengambil masa selama 24 saat jika butang nyala ditekan terus menerus. Ini bermakna, pengguna yang gemar menyimpan rokok elektronik dalam poket seluar tidak perlu bimbang jika suis nyala tertekan. Tambahan pula jenama ini ada menyediakan butang deactivation.

Saya ada juga menerima input dari rakan-rakan yang menggunakan jenama ini. Mereka mendakwa L-rider mereka pernah jatuh beberapa kali secara tidak sengaja pada tahap ketinggian 3 hingga 4 kaki. Lampu merah LED menyala dengan sendirinya dan kuasa voltan kembali kepada 3.0v.

Ketepatan

Sesuatu yang tidak perlu diragukan sama sekali. Saya menggunakan meter volt digital peribadi untuk mengukur kuasa voltan pada jenama ini. Ukuran volt tidak menunjukkan perbezaan tambahan pula meter volt saya menggunakan dua tempat perpuluhan, sementara volt pada jenama ini hanya menggunakan satu tempat perpuluhan, bukanlah satu isu yang besar kerana angka tidak lansung menunjukkan perbezaan.

  • 3.42 pada meter digital >> 3.4 pada L-Rider
  • 4.21 pada meter digital >> 4.2 pada L-Rider

Keserasian dengan pengabus dan kuasa wap

Untuk jenama ini saya telah menggunakan pengabus bebenang 501 seperti CE2 mod, CE3, Giantomizer V2 dan Vision. Tiada apa yang perlu disoalkan mengenai throat heat kerana ianya adalah voltan bolehubah.🙂 Anda boleh laraskan volt mengikut citarasa anda sendiri.

Setiap pengabus saya menggunakan perisa buatan China dan juga USA. Nyata, perisa dari USA yang sebelum ini agak kurang wapnya jika menggunakan jenama lain, boleh dirasai nikmatnya jika dilaraskan kuasa voltan yang bertepatan dengan citarasa anda.

Lain-lain kelebihan

  1. Bateri yang dibekalkan mengambil masa selama 50 jam sebelum cas semula untuk pengguna seperti saya. LED akan berkelip sebanyak 6 kali menandakan bateri perlu dicaj semula.
  2. Harganya murah berbanding dengan jenama popular iaitu Provari jika diambil kira kualiti peranti yang digunakan serta lain-lain ciri.
  3. Memiliki butang kuasa diskret.

Kekurangan

  1. Tiada atomizer ohm checker seperti Provari. Bagi sesetengah pengguna ohm checker adalah penting kerana tahap ketahanan (resistance) pada pengabus akan menurun. Ramai yang menyangkakan  bahawa pengabus 2.7 ohm akan kekal sehingga habis hayatnya. Tidak, kuasa ketahanan ini akan menurun, maka adalah penting untuk mengetahui tahap ketahanan supaya boleh diselaraskan dengan kuasa voltan untuk mengelakkan burn taste. Walau bagaimanapun kekurangan ini bukan isu besar kerana kita masih boleh menggunakan meter “semulajadi” iaitu tekak dan lidah kita untuk melaraskan kuasa voltan.
  2. Saisnya yang terlalu panjang menyebabkan ianya tersembul keluar jika disimpan dalam poket seluar.
  3. Sedikit berat untuk pengguna pemula (newbie) jika dibandingkan dengan Ego atau KGO.😛

Tuan/puan boleh melakukan kajian sendiri atau membaca artikel di blog berikut :

  1. http://www.stevevape.com/2011/11/lavatube-variable-voltage-e-cigarette.html
  2. http://vapingguides.com/blog/breaking-news/the-lavatube-variable-voltage-electronic-cigarette/

Lain-lain artikel mengenai rokok elektronik di blog saya KLIK

This entry was posted in Rokok Elektronik and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Rokok Elektronik : Ulasan Jenama L-Rider

  1. saya punya L-Rider Robust ada Ohm checker..
    Apa2 pun…L-rider antara yang Mod terbaik pernah dicipta…
    Sapa2 yg ragu…boleh check reviewnya di Google…
    Puas Ati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s