Beza antara Voltan Boleh Ubah dan Rokok Elektronik lain


Rokok Elektronik kategori voltan boleh ubah atau lebih dikenali dengan singkatan VV (Variable Voltage) kini semakin membajiri pasaran negara ini. Banyak pertanyaan mengenai keistimewaan rokok elektronik jenis ini yang diajukan oleh nubi (newbie). Apa kelebihannya?

Rokok Elektronik jenis VV membolehkan penggunanya menetapkan tahap volt sebelum memulakan vaping. Adakalanya pengguna akan hilang rasa nikmat sesuatu jenis perisa. Kenapa? Sebab sesetengah jenis perisa memerlukan tahap kepanasan tertentu untuk mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang sedap. Hal ini hanya boleh dicapai apabila tahap kepanasan tadi ditentukan dengan kuasa voltan tertentu. Ini bermakna pengguna tadi memerlukan rokok elektronik jenis VV.🙂

Terdapat juga keadaan apabila pengguna akan rasa burn taste kerana gegelung telah over heating. Inilah masanya pengguna akan merendahkan kuasa volt supaya rasa tadi boleh dikurangkan. Namun ada juga pengguna yang inginkan throat hit yang kuat. Hanya VV sahaja yang boleh menetapkan voltan supaya sesuai dengan rasa tekak anda.

Di pasaran tempatan memang banyak jenama yang telah pun dijual. Sebelum itu, anda sebagai nubi juga perlu tahu bahawa VV ada kategorinya, iaitu :-

  1. Tube mod;
  2. Box mod; dan
  3. 3 stages VV.

Untuk kategori tube mod, jenama yang popular ialah Provari dan Lavatube. Pakar mod tempatan juga telah banyak mengeluarkan box mod buatan sendiri. Tuan-tuan boleh layari Grup GVM di Facebook atau di forum untuk mengenali mereka. Antaranya ialah TangoCharlieMat Sidi dan lain-lain. Sementara jenis 3 stages VV pula nampak gayanya sudah mula berkurangan.

3 stages VV merupakan rokok elektronik yang hanya ada 3 tahap voltan untuk digunakan iaitu 3.2v, 3.7v dan 4.2v sahaja. Sementara tahap voltan untuk Lavatube dan Provari pula ialah antara 3.0v hingga 6.0v begitu juga dengan box mod.

Jadi, jika para nubi bertanya, “Adakah  berbaloi jika saya membeli rokok elektronik jenis VV?”. Jawapan saya, “Ya!!!!!!”

Tetapi jika anda tidak pernah menggunakan rokok elektronik dan ingin beralih arah dari analog, eloklah mulakan dengan rokok elektronik biasa yang bukan VV dahulu, supaya anda boleh tahu bezanya nanti.

😀

Sekian selamat mencuba.

This entry was posted in Rokok Elektronik. Bookmark the permalink.

3 Responses to Beza antara Voltan Boleh Ubah dan Rokok Elektronik lain

  1. wansam says:

    salam inaiputih sy nubi antara keluarga ego jenis c twist adakah l/k model vv yg boleh dilaras voltan nya ….?

  2. Zakry says:

    SY ingin memiliki provari Dan mencari penjual Nya. SY di talian 012-8825840 en.zakry from Kuching sarawak

  3. syam says:

    macam mana pula dengan zmax? bolt dan sebagainya? ianya kategori yang bagaimana? tak power ke daripada provari?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s