Evolusi Rokok Elektronik : Modifikasi Passthrough

Kepada pengguna rokok elektronik (PV) di Malaysia, anda juga tidak ketinggalan jauh berbanding dengan pengguna PV dari negara luar. Dengan komunikasi melalui internet yang ada, apa sahaja benda baru dari luar, anda akan peroleh juga nanti. Seperti komputer, rokok elektronik juga tidak ketinggalan berevolusi dengan cepat. Terkini ialah penggunaan teknologi Passthrough E Cig Mod.

Saya telah cuba merujuk dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, milik Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi tiada istilah yang sesuai untuk menggunakan perkataan passthrough ke dalam Bahasa Melayu ini. Untuk tujuan artikel kali ini saya akan gunakan istilah modifikasi passtrough. Ingat! Artikel ini hanya menceritakan rokok elektronik yang telah dimodifikasikan sahaja. Bukannya rokok elektronik yang telah ada passtrhough.

Dalam Bahasa Inggeris, passthrough e cig mod  ialah ~

“A Passthrough e-Cig mod is basically a cord connecting the e-cigarette to an external power source such as a computer, portable power unit or a videogame console providing a continous power source. Some passthroughs are sold as an add-on to a battery mod.”

Secara mudahnya, rokok elektronik kini telah dimodifikasikan supaya ianya boleh menggunakan tali wayar (cord) dan disambungkan ke komputer, komputer riba atau lain-lain konsol permainan komputer yang ada menyediakan port USB.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa teknologi ini telah lama ada. Ya! Saya akui tapi tidak pernah dikomersialkan secara besar-besaran seperti sekarang. Sebelum ini passthrough hanya digunakan oleh individu tertentu yang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik sahaja. Tapi kini rokok elektronik itu sendiri telah dimodifikasi supaya boleh menggunakan USB di mana sahaja.

Pelbagai bentuk dan rupa telah pun berada di pasaran luar negara. Antaranya, seperti yang dijual oleh ecigarette-mods.com atau di sini. Selain dari China, ada juga yang datang dari UK seperti di laman web liberty-flights.

Apa yang lebih menarik lagi akan ada modifikasi passthrough yang memiliki ciri-ciri seperti Provari. Iaitu  modifikasi passthrough yang mengawal jumlah voltan. Wow!

Apa kelebihan passthrough?! Ya, anda boleh simpan rokok elektronik yang ada supaya boleh memanjangkan jangka hayat baterinya. Gunakannya semasa berada di luar sahaja. Tetapi apabila anda berada di pejabat, rumah atau dalam kereta, anda boleh menggunakan modifikasi passthrough ini. Jadi anda tidak perlu risau pasal alat pengecaj tertinggalkan?

Bagaimana pula dengan pemula (newbie). Ya, anda juga boleh menggunakannya tetapi dengan syarat anda telah mahir mengenai stok atomizer atau clearomizer di pasaran tempatan.

Selamat mengimport dan selamat bermodifikasi !! Malaysia boleh !!

Advertisements
Posted in Rokok Elektronik | 2 Komen

Revolution V2 – Arial walkie talkie berisi air?

“Kenapa arial walkie talkie Encik ada air?” soalan yang diajukan kepada saya semasa mengewap menggunakan Revolution V2. 🙂 Revolution V2 atau lebih dikenali sebagai RevoV2 sudah dua bulan berada di pasaran Malaysia. Saya diberi kesempatan untuk menguji rokok elektronik ini oleh salah seorang dari penjual tempatan.

Untuk lebih adil saya menggunakan clearomizer mod  dan juga cartomizer filler yang dibekalkan. Penggunaan cartomizer filler memerlukan anda memicit botol yang disikan dengan perisa. Botol berkenaan diletakkan dalam bingkai plastik. Anda boleh lihat pada gambar berikut :


Berikut merupakan ulasan saya

Tempoh masa sebelum caj semula

Dari hari pertama saya diberi, terus saya guna sehinggalah kuasa bateri habis. Masa penggunaan untuk perokok tegar seperti saya ialah melebihi 24 jam. Tempoh masa yang amat memuaskan hati kepada perokok tegar. Jika anda adalah mild smoker kemungkinan tempoh ini mengambil masa 4 hari.

Keselamatan dan litar pintas (cut off)

Seperti juga jenama Ego dan KGO, tahap keselamatan jenama ini adalah tinggi. Pakej RevoV2 mempunyai 3 mod suis (LED, OFF dan On). Anda tidak perlu bimbang jika suis tertekan pada poket anda kerana fungsi OFF boleh digunakan. Perbezaan RevoV2 ini ialah, ianya tiada tempoh masa cut off – maksudnya anda boleh menyedut seberapa lama yang boleh tanpa risiko. Ini adalah disebabkan pengeluar RevoV2 telah menyediakan suis On dan Off. Sudah semestinya RevoV2 telah menepati piawaian antarabangsa mengenai tempoh keselamatan. 

Kuasa wap dan sensitiviti tekak (Throat heat)

Berbeza dengan EGO, KGO atau E-Power, RevoV2 menawarkan kepulan wap yang banyak di samping rasa “kelembutan”. Kepulan ini jelas walau pun anda menggunakan clearomizer mod. Apatah lagi jika menggunakan cartomizernya yang tesendiri. Throat heat tetap ada cuma rasa lembut. Saya mengambil kesempatan ini dengan menggunakan pelbagai perisa sama ada dari USA atau jenama Hang Sen. Kedua perisa ini memberikan kepuasan yang sama. Seperti biasa wap untuk perisa dari USA sedikit kurang berbanding disebabkan ratio VG yang kurang.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari menggunakan cartomizer, nyata kandungan PG dalam perisa dari USA ini boleh mencepatkan hayat cartomizer. Oleh itu, perisa dari USA tidak digalakkan pada cartomizer di RevoV2.

Anda disyorkan hanya menggunakan clearomizer atau CE2 sahaja. Berbanding EGO dan KGO, wap untuk perisa dari USA ini lebih tebal jika menggunakan  RevoV2 (dengan clearomizer atau CE2).

Keserasian dengan aksesori lain (compatibility)

Skru pada bahagian atas bateri memang serasi dengan CE2, CE2R4 dan cartomizer lain termasuk jenis mod saiz 510. Tetapi tidak boleh menggunakan Giantomizer. Walau bagaimanapun masalah ini boleh di atasi jika anda menggunakan alat suai pemanjangan (extension adapter).  Siapa sangka RevoV2 juga boleh menggunakan Giantomizer.

Kelebihan lain

  1. Amat sesuai untuk orang lama yang sudah biasa menggunakan PV jenama lain. Ianya lebih nampak trendy.
  2. Boleh dijadikan sebagai salah satu collectors item.
  3. Penyelamat anda di pasaraya kerana tiada siapa akan menyangkakan RevoV2 ini adalah rokok elektronik.
  4. Senang diuruskan.

Kelemahan dan cara atasi

Antara kelemahan kecil yang ada ialah –

  1. Cuma ada satu bateri yang terbina dalam (built in). Kepada yang sudah biasa dengan dua bateri mungkin akan rasa kekok sedikit bila tiba masa untuk mengecaj. Walau bagaimanapun, menurut penjual, RevoV2 juga boleh digunakan secara pass through ~  iaitu sambil mengecaj sambil menyedut. Ini ialah kerana RevoV2 dibekalkan dengan pengecas USB yang boleh juga dicaj di komputer riba, komputer dekstop atau pengecaj biasa.
  2. Dari segi bentuk, kepada peminat EGO atau KGO mungkin tidak gemar pada bentuk RevoV2 kerana nampak sedikit bulky. Tetapi lain orang lain cita rasa, kerana rupanya seakan telefon bimbit atau walkie talkie itu menampakkannya sedikit lebih trendy. Ini jelas kerana ramai di kalangan bukan perokok tertarik dengan bentuknya dan ada yang mencadangkan kepada pasangan masing-masing supaya beralih ke rokok elektronik hanya semata-mata terlihat pada RevoV2.

Sekian.

Topik lain sila klik –

  1. Page 1
  2. Page 2
  3. Page 3
Posted in Rokok Elektronik | Tagged | Tinggalkan komen

Speed test for Celcom Broadband At Banda Hilir, Melaka

Specifically staying Seri Costa  Hotel at Banda Hilir, Malacca. HSDPA 5 bar. Not so bad. Graphic below shows the result at 7.00 pm.

Posted in Kongsi Info | Tinggalkan komen

Ulasan Perisa Dari USA

Salam sejahtera,

Adakah anda pengguna rokok elektronik dan menggunakan perisa cengkih yang menyamai Gudang Garam Merah tanpa filter atau Djarom atau GePe (Gudang Garam Putih)? Semuanya tak sama dengan GG asalkan? Rasa cengkihnya sahaja tapi manisnya tiada.

Minggu lepas saya telah diperkenalkan dengan perisa Kretek dari USA. Penjual berkenaan menyatakan Kretek ini tidak sama dengan Dekang atau lain-lain perisa dari China.

Saya pun mencubanya dengan meletakkan setitik Kretek ke hujung clearomizer. Mak ai !!! Pedas cengkih sebijik seperti menghisap GG Merah yang tiada filter tu. Pada masa itu saya sedang mencuba perisa Watermelon dari USA juga. Walau bagaimanapun rasa Watermelon ini hilang selama 20 minit walaupun hanya dengan setitik Kretek.

Ha ha jika anda benar berminat dengan Kretek, anda dinasihatkan supaya menggunakan satu clearomizer khas untuknya. Tidak digalakkan mencampurkannya dengan perisa lain kerana kekuatan rasa dan baunya yang cukup tahan lama. Throat heat amat terasa sama seperti GG Merah. Walau bagaimanapun anda kena kerap mencuci clearomizer untuk menggelakkan kerosakan yang cepat pada coil. Disyorkan supaya clearomizer dicuci setiap kali cecair kretek ini habis.

Itu secret maaaa … business strategy, sekarang banyak saingan wooo,” jawapan penjual berkenaan kepada saya apabila ditanya nama Syarikat di USA yang mencipta perisa Kretek ini. Memang dia akui saingan dari penjual perisa yang lain , dan memang diakui juga dari kebanyakan pelanggan beliau bahawa perisa yang beliau bawa memang kaw!

Watermelon

Jika anda penah mengambil gula-gula Bubbleyum atau Fruits tentu anda akan mempunyai rasa yang sama jika anda mengambil perisa Watermelon dari USA ini. Pada mulanya saya sangkakan rasa tembikai seratus peratus, tetapi sebenarnya seolah-olah seperti sirap campur air tembikai. Manisnya tetap ada dan baunya menyenangkan orang di sekeliling.

Posted in Umum | Tagged | 1 Komen

Pesan Syaitan Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Entah kenapa, kali ini keseronokan menanti kehadirannya tidak seperti sebelum ini. Apakah istimewanya tahun ini berbanding tahun sebelumnya? Mungkin tahun ini kali pertama saya berpuasa dan berbuka tanpa merokok? Tak tahulah nak kata macam mana.

Tetapi seperkara yang menarik dan hendak dikongsikan dengan saudara ialah melalui cerita yang pernah diceritakan oleh arwah opah kepada saya semasa masih kecil. Bila dikenang balik, bagus juga kaedah opah saya mengajar dan mendidik saya tentang agama.

Kisahnya ialah pesan syaitan kepada rakan-rakannya pada penghujung Sya’aban. “Nafs Makan … kalau boleh berilah nikmat pada perut dan rasa pada lidah manusia ya. Supaya bila manusia berbuka, dia akan berbuka dengan rakus dan tidak mengikuti sunnah nabi Muhammad. Itu sudah menjadi kemenangan untuk aku, walaupun kena belenggu sepanjang ramadhan ini.”

“Bila sahur pun macam tu juga. Berikan rasa nikmat sehingga manusia jadi pelahap walupun sahur. Seolah-olah makanan itu tidak akan diperolehi semasa berbuka nanti.  Bila sahur dah makan banyak, maka badan nak tidur sebelum menunggu waktu subuh. Bila sahur dah makan banyak, badan akan panas maka datang pula hasrat nak pasang air-cond atau kipas supaya sejuk. Bila sejuk  nanti rakan kamu Nafs Tidur akan menjalankan peranannya.”

“Nafs Tidur … sepanjang ramadhan aku tidak dapat nak memberatkan matanya supaya manusia susah bangun untuk solat subuh. Jadi bekerjasamalah dengan Nafs Makan ya. Bila dia tidak mengikuti sunnah Rasul mengenai cara-cara makan … itu pun sudah jadi kemenangan untuk aku. Bila manusia makan dengan banyak … dia akan jadi malas dan kuat tidur.”

Hmmm mudah sahaja ceritanya tetapi bila dikenang kembali, itu bukan sekadar cerita sahaja.  Memang ada dalam hadis mengenai kaedah makan dan tidur, cuma keadah penyampaian opah saya ialah dalam bentuk bercerita dan diolah supaya sesuai dengan kanak-kanak.

macam mana kita hendak didik anak kita mengenai puasa ni? Jom sama-sama kita fikir.

Posted in Umum | Tagged | Tinggalkan komen

“Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2” Trailer 1

After Pirattes Of Carribean, then come XXX Men followed by Tranformers 3. Now Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 – the final part.

The final chapter begins as Harry, Ron, and Hermione continue their quest of finding and destroying the Dark Lord’s three remaining Horcruxes, the magical items responsible for his immortality. But as the mystical Deathly Hallows are uncovered, and Voldemort finds out about their mission, the biggest battle begins and life as they know it will never be the same again.

Vodpod videos no longer available.

Posted in Koleksi VodPod | Tagged | Tinggalkan komen

Jom Mengenal Asas Bateri dan Elektrik

Salam sejahtera, topik kali khusus untuk golongan yang bukan dari aliran sains atau elektrik macam saya. Selalunya kita akan keliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang berkaitan elektrik atau elektronik. Saya bukannya pakar, tapi dapat memahami istilah itu dengan kaedah analogi dan ingin berkongsi dengan tuan/puan khususnya yang bukan dari bidang elektrik atau sains.

Bila kita merujuk pada kuasa bateri kita akan didedahkan dengan pelabagai istilah, antaranya ialah mAH, Volt dan Watt.

mAH ialah Milliamp Hour atau Milli Ampere Hour. Bagaimana nak memahami istilah ini. Saya selalu menggunakan analogi minyak dan kereta. Dengan 5 liter petrol dan pemanduan 110 kilimeter per jam, berapakah jauhkah kereta kita boleh pergi sehingga minyak tadi habis? Begitu juga dengan bateri, ukuran untuk mengukur tempoh penggunaan bateri ialah mAH. mAH digunakan untuk mengukur tempoh penggunaan sesuatu bateri sebelum dicaj semula. Ya, untuk mudah lagi, berapa lama bateri itu boleh dipakai sebelum dicaj semula, samada 24 jam, 6 jam atau 3 jam.

Kalau anda membeli permainan kereta kawalan jauh (remote control car) anak anda, anda akan faham. Bateri dengan 450 mAH ke bawah selalunya hanya boleh digunakan untuk 1 jam untuk permainan kereta kawalan jauh. Kalau telefon bimbit, bateri 450 mAH hanya membolehkan anda menggunakan telefon bimbit untuk tempoh 6 jam sahaja, kemudian anda kena caj semula. Sama juga dengan rokok elektronik, 1100 mAH untuk penggunaan yang kerap akan mengambil masa 24 jam.

Maknanya, lagi besar mAH, lagi lama boleh pakai. Sekarang anda mengerti kenapa waktu menunggu untuk Nokia E71 dan Samsung Omnia II lebih lamakan?

Bagaimana pula dengan Volt dengan Watt? Volt ialah satu unit ukuran untuk mengukur voltan eletrik yang melalui dua konduktor. Watt pula ialah kuasa elektrik yang digunakan. Contoh ambil sebotol air mineral yang besar bersaiz 1.0 liter dan jatuhkan pada tapak tangan anda. Berapa kali perbuatan menjatuhkan botol tadi membuatkan tapak tangan anda merasa sakit?

Katakanlah 10 kali jatuh baru rasa sakit, maknanya dengan 1.o liter botol air mineral dengan jatuhan sebanyak 10 kali akan menyebabkan tapak tangan anda merasa sakit. Jadi 10 kali itu ialah voltan dan 1.0 liter ialah kuasa. Ukuran untuk voltan ialah VOLT dan ukuran kuasa ialah WATT.

Bagaimana pula rintangan (resistance)? Rintangan ialah ukuran untuk mengukur aliran elektrik yang melalui sesuatu konduktor. Contoh analogi ada saya nukilkan pada tajuk blog saya yang lain iaitu di Clearomizer Rintangan Rendah. Ukuran untuk rintangan ialah Ohm.

Haa jadi anda sekarang boleh kaitkan kenapa bateri yang bervoltan tinggi tidak boleh digunakan ke atas konduktor yang berintangan rendah. Lagi besar kuasa bateri maka lagi besar rintangan diperlukan. Jika tidak, konduktor akan putus.

Diharap, tuan/puan dari bidang elektrik atau elektronik boleh membantu dari sudut penggunaan analogi.  JIKA ADA PENERANGAN SAYA DI ATAS YANG SALAH, HARAP TOLONG PERBETULKAN PADA RUANGAN KOMEN DI BAWAH. Saya pun suka tambah pengetahuan.

 Jangan beri kami formula seperti ini >> V=IR, W/A=kj.m2/C.s2 …. sampai bila-bila pun kami tak akan faham.

Posted in Kongsi Info | Tagged , | 5 Komen

Rokok Elektronik : Panduan Menguji Liquid

Salam sejahtera,

Saya terpanggil untuk membuka tajuk ini sekadar untuk membantu rakan-rakan terutamanya dari Gengsi Vapers Malaya dan semua pembaca blog ini supaya boleh menguji perisa yang ada di pasaran dengan betul.

Kalau anda nak cuba macam-macam perisa dalam masa yang sama dan singkat, sah anda akan sukar untuk membuat keputusan. Sebab rasa sedap atau tidak menjadi subjektif.  Jadi cara nak uji liquid ini, anda kena sediakan segelas atau secawan kopi panas. Cuba satu perisa, kemudian minum kopi sedikit. Baru boleh cuba perisa lain. Kalau tidak, perisa lama akan melekat pada lidah. Rasa kopi itu akan menghilangkan rasa perisa sebelum ini.

Keduanya, tengok sukatan nikotin. 0mg, 8mg, 12 mg dan 16mg. Makin besar nikotin, makin keras rasa perisa.

Ketiganya, perisa yang ada di pasaran terbahagi kepada 3 kategori.

  1. Tobacco;
  2. Fruitmix; dan
  3. Beverage (ada yang rasa arak, elakkan !!!!)

Newbie selalunya akan mencari perisa kategori Tobacco, yang ada rasa rokok seperti Marlboro dan Dunhill. Percayalah, anda tidak akan mendapat rasa yang sama seperti rokok asal. Tambahan pula kadar nikotinnya yang rendah menyebab perisa Dunhill tidak sekeras rokok Dunhill yang sebenarnya. Begitu juga dengan peminat Gudang Garam (GG). Rasa manis GG tidak akan terasa, sebaliknya rasa cengkih akan lebih mencengkam lidah anda.

Jadi bagaimana? Untuk mereka yang biasa menghisap rokok Dunhill sebelum ini, disyorkan anda mengambil perisa Lucky Strike 16mg sebagai permulaan. Saya selalu mengesyorkan campuran atau gabungan beberapa perisa. Perisa Mint, Double Mint, Supermint dan Menthol tidak sesuai dijadikan perisa utama sebaliknya dijadikan sebagai perisa asas (base liquid) untuk mencampurkannya dengan perisa yang lain.

Akhir sekali, bagaimana nak tahu perisa yang ada rasa manis. Pilih perisa yang menggunakan PG. PG dari China tak sama dari USA. PG dari USA lebih manis, tetapi harganya pun boleh tahan. jadi dicadangkan supaya anda mencampurkan perisa buatan USA dan China ini.

Untuk mereka yang sudah lama menggunakan rokok elektronik ini, selalunya akan beralih arah kepada kategori Fruitmix. Pernah cuba Lime Mint (USA) dan Manggo (Hang Sen)? Fuhhhh tak payah pergi ke restoren lagi. 😀

Keterangan ringkas mengenai beza antara PG dan VG serta perisa pilihan ada di blog rakan saya, Vaproistmalaya. Sedap atau tidak bergantung kepada diri masing-masing. Yang penting anda suka.

Selamat mencuba dan selamat bereksperimen.

Topik baru yang lain :

Rokok Elektronik : Ulasan Vortex dengan penyesuai (adapter)

Posted in Rokok Elektronik | Tagged | 2 Komen

Rokok Elektronik : Ulasan Vortex dengan penyesuai (adapter)

Salam sejahtera,

Artikel kali adalah mengenai Clearomizer versi Vortex dengan penyesuai (adapter). Saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya kerana memberikan cadangan untuk menguji Vortex. Sokongan dari anda amat berharga pada saya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekeliruan di kalangan pengguna rokok elektronik mengenai Vortex versi baru dan G4 Carto. Saya rasa elok diperbetulkan dahulu salah faham ini dengan menceritakan serba sedikit sejarah Vortex.

Pada peringkat awalnya, Vortex direka khusus untuk rokok elektronik di mana penyambung baterinya (battery connector) bersaiz 808. Pengeluaran pada peringkat awal mengalami masalah kebocoran pada bahagian bawahnya lalu pengilang membuat sedikit inovasi dengan menambah kapas pada bahagian bawah untuk mengatasi masalah kebocoran itu. Jadi Vortex asalnya adalah fillerless atau foamless seperti yang tertera pada gambar sebelah.

Vortex yang saya hendak ulas ini ialah sejenis clearomizer baru yang berjenama Vortex dengan menggunakan penyesuai seperti gambar di sebelah kiri. Apa pula G4 Carto? G4 Carto juga direka oleh pengeluar yang sama, cuma G4 carto ini boleh digunakan terus dengan rokok elektronik jenama EGO dan KGO tanpa menggunakan penyesuai. Persamaan antara Vortex dan G4 ini ialah alat pemanasnya terletak pada bahagian bawah.Berbeza sama sekali dengan CE2 atau Clearomizer yang menggunakan benang silikon (wick) di mana gegelung pemanasnya terletak pada bahagian atas.

Berdasarkan penerangan di atas diharap saudara faham bahawa ulasan saya pada kali ini hanyalah khusus untuk Vortex baru yang menggunakan penyesuai ke atas EGO atau KGO sahaja, bukannya G4 Carto dan bukannya penggunaan ke atas rokok elektronik saiz 808 ya! Sila lihat gambar di sebelah ~ Vortex yang menggunakan penyesuai 501.

Untuk menguji Vortex ini saya telah menggunakan perisa dari USA dan China (Hang Sen dan Dekang) serta 3 jenis driptip. Sila lihat gambar di bawah.

1) Sebelah kiri sekali ialah driptip asal.

2) Bahagian tengah driptip getah.

3) Sebelah kanan ialah driptip lutsinar (transparent driptip).

Pada mulanya saya menggunakan driptip asal ketika mengambil Vortex ini. Nyata tidak memberikan kepuasan kepada pengguna jenis heavy smoker seperti saya. Untuk berlaku adil saya menggunakan driptip getah, kesannya, wap amat sedikit yang keluar ketika menyedut dan tiada rasa throat heat.

Oleh itu saya mula menggunakan driptip kegemaran saya yang jenis lutsinar. Nah, anda akan dapat throat heat yang lebih hebat berbanding clearomizer. Wap yang keluar amat banyak.

Kebiasaannya wap yang banyak selalunya berlaku apabila kita mengambil VG, tetapi dengan menggunakan Vortex ini, wap dari PG pun sama banyaknya seperti VG. Kemudian saya mencuba pula perisa dari USA ~ lime mint dan redbull. Sama seperti perisa buatan dari negara China, wapnya pun banyak dan rasa perisa tidak hilang cuma manisnya kurang sedikit.

Sesuatu yang pelik sedikit ialah, tempoh pengambilan untuk 1 ml lebih lama berbanding cartomizer saiz yang sama. Dalam erti kata lain, perisa lambat habis sedikit berbanding ketika menggunakan cartomizer filler.

Banyak kelebihan lain menggunakan Vortex ini. Antaranya ialah :

  1. Mudah diisi walaupun memandu kereta. Anda tidak perlu menggunakan pencungkil untuk mencungkil donut dan syringe, cuma tuangkan sahaja cecair ke dalam Vortex.
  2. Amat mudah diuruskan.
  3. Rasa perisa yang asal.

Walau bagaimanapun, diakui ada beberapa kelemahan kecil. Antaranya ialah :

  1. Rokok elektronik tidak boleh tonggeng jika anda menggunakan driptip jenis lutsinar kerana tiada getah bulat untuk menghalang cecair keluar dari balang. Berlaku kepada saya ketika sedang solat, waktu sujud. Aduh.
  2. Penyesuai perlu diketatkan dengan kekuatan yang minima termasuklah ketika memusingkan Vortex pada penyesuai. Jika tidak, rokok elektronik anda tidak akan berfungsi. Bermakna, pengguna rokok elektronik jenis EGO dan KGO yang ingin menggunakan Vortex dengan penyesuai perlu bijak dan berhati-hati ketika memusingkan penyesuai pada battery connector.
  3. Burned taste tetap berlaku selepas sedutan 4 untuk perisa dari China dan sedutan keenam untuk perisa dari USA. Cara mengatasinya ialah, tunggu sebentar untuk tempoh 30 saat. Insyallah, rasa burn taste hilang sebentar.
  4. Untuk penggunaan pertama kali, selepas menuangkan perisa, sila tunggu untuk beberapa minit supaya kapas bahagian bawah vortex dapat menyerap perisa itu sepenuhnya. Jika tidak akan rasa burn taste yang amat sangat.

Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan penggunaan Vortex kepada pengguna yang sudah lama menggunakan rokok elektronik (lebih dari dua bulan pun sudah mencukupi). Tidak digalakkan kepada pemula (newbie). Ini disebabkan penyesuainya yang perlu dipusing dengan teliti dan tidak terlalu ketat.

Tetapi jika anda enggan menggunakan penyesuai, eloklah anda gunakan terus G4 carto yang boleh masuk terus ke EGO dan KGO tanpa penyesuai. Kelebihan vortex dan G4 ini ialah kerana rasa perisanya lebih nikmat.

🙂 Sekian.

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah :

  1. Stevape.com
  2. Forum di nu-vapor.com
  3. Forum di e-cigarette-forum.com

Topik baru yang lain :

Rokok Elektronik : Panduan Menguji Liquid

Posted in Rokok Elektronik | Tagged | 2 Komen

Rokok Elektronik : Ulasan Ego Tank Cartomizer (Ego-T)

Salam sejahtera,

Kita bertemu lagi. Saya terpanggil untuk menguji cartomizer Ego-T bulan lalu. Ego-T merupakan gabungan antara cartomizer dan katrij. Sekali pandang nampak seperti gajet yang mudah diuruskan tanpa menggunakan penyuntik (syringe).

Setelah sebulan menggunakannya saya dapati Ego-T ada beberapa kelemahan khususnya untuk heavy vaper seperti saya. Tetapi bagus untuk golongan mild smoker. Kenapa? Sebab rasa asli perisa hilang atau berkurangan apabila kita terus menerus menghisapnya. Jika menggunakan redbull, rasanya kurang umph berbanding dengan menggunakan clearomizer atau CE2R4.

Rasa asli akan dapat dirasakan pada 3 sedutan yang pertama sahaja.  Walau bagaimanapun, saya akui wap yang keluar adalah banyak dan throat heat adalah memuaskan cuma rasa asli perisa akan berkurangan pada sedutan kali ke empat ke atas.

Walau bagaimanapun saya kena berlaku adil kerana terdapat juga beberapa kelebihan penggunaannya. Antaranya ialah:

1. Senang hendak diuruskan – buka penutup katrij dan titikkan sahaja perisa di dalamnya kemudian masukkan ke dalam cartomizer.

2. Penyelenggaraan mudah – tidak seperti clearomizer yang pelu dibasuh selepas penggunaannya untuk menjaga ketahanan coil. Ego-T amat mudah dijaga dan diselenggara. Sehingga hari ini saya tak pernah basuh cartomizer yang dibeli.

3. Baik untuk perjalanan jauh – Beli dua atau tiga katrij dan isikan penuh semuanya  (1 katij bersamaan 1 ml). Bila habis buka dan gantikan dengan katrij lain. memang mudah dan senang. Tidak perlu pakai penyuntik.

4. Jadikan sebagai simpanan – Kepada golongan heavy vapers, anda boleh jadikan Ego-T ini sebagi stok simpanan jika clearonmizer telah kehabisan stok atau sementara menunggu CE2R4 anda tiba. 🙂

Cara mengatasi burn taste pada Ego-T

1. Sedut untuk tiga kali berturut-turut. Behenti untuk 30 saat kemudian sedut kembali.

2. Gunakan perisa yang mengandungi ratio Propelyne Glycol yang lebih – rasa burn taste amat kurang berbanding VG.

Sekian. Harap maklumat ini membantu anda.

Artikel Lain Mengenai Rokok Elektronik

  1. Dilema rokok elektronik
  2. Panduan Membeli Rokok Elektronik (1)
  3. Panduan Membeli Rokok Elektronik (2)
  4. Ragam Pengedar Rokok Elektronik
  5. Rokok Elektronik Lebih Mesra Bayi?
  6. Bahan Kimia Dalam Perisa Rokok Elektronik? (1)
  7. Aksesori Rokok Elektronik – Pengenalan (1)
  8. Pelaburan Rokok Lebih Baik dari ASB?
  9. Pengedar Rokok Elektronik Di Malaysia
  10. Isteri Hadiah RM62,432.26 Kepada Suami Yang Berhenti Merokok?
  11. Giantomizer sudah masuk Malaysia tetapi ……
  12. Perisa Rokok Elektronik Popular Di Malaysia
  13. Akibat Clearomizer Rintangan Rendah
  14. Rokok Elektronik:EPOWER Jenama Terakhi Akan Diimport? 
  15. Rokok Elektronik Jenama EPOWER.
  16. Rokok Elektronik, TV9 dan Rizani.
  17. Ulasan Giantomizer V2
  18. Jenama Revolution V2 Akan Masuk Malaysia
  19. Kenali Aksesori Rokok Elektronik (2) 501 401 808 901
  20. Vaping Allowed (Muat Turun Sticker)
  21. Rokok Elektronik : Ulasan cartomizer Ego Tank (Ego-T) ~New !!!~
  22. Sertai Geng Vaper Malaya di Facebook
Posted in Rokok Elektronik | Tagged | 9 Komen