Jom Mengenal Asas Bateri dan Elektrik


Salam sejahtera, topik kali khusus untuk golongan yang bukan dari aliran sains atau elektrik macam saya. Selalunya kita akan keliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang berkaitan elektrik atau elektronik. Saya bukannya pakar, tapi dapat memahami istilah itu dengan kaedah analogi dan ingin berkongsi dengan tuan/puan khususnya yang bukan dari bidang elektrik atau sains.

Bila kita merujuk pada kuasa bateri kita akan didedahkan dengan pelabagai istilah, antaranya ialah mAH, Volt dan Watt.

mAH ialah Milliamp Hour atau Milli Ampere Hour. Bagaimana nak memahami istilah ini. Saya selalu menggunakan analogi minyak dan kereta. Dengan 5 liter petrol dan pemanduan 110 kilimeter per jam, berapakah jauhkah kereta kita boleh pergi sehingga minyak tadi habis? Begitu juga dengan bateri, ukuran untuk mengukur tempoh penggunaan bateri ialah mAH. mAH digunakan untuk mengukur tempoh penggunaan sesuatu bateri sebelum dicaj semula. Ya, untuk mudah lagi, berapa lama bateri itu boleh dipakai sebelum dicaj semula, samada 24 jam, 6 jam atau 3 jam.

Kalau anda membeli permainan kereta kawalan jauh (remote control car) anak anda, anda akan faham. Bateri dengan 450 mAH ke bawah selalunya hanya boleh digunakan untuk 1 jam untuk permainan kereta kawalan jauh. Kalau telefon bimbit, bateri 450 mAH hanya membolehkan anda menggunakan telefon bimbit untuk tempoh 6 jam sahaja, kemudian anda kena caj semula. Sama juga dengan rokok elektronik, 1100 mAH untuk penggunaan yang kerap akan mengambil masa 24 jam.

Maknanya, lagi besar mAH, lagi lama boleh pakai. Sekarang anda mengerti kenapa waktu menunggu untuk Nokia E71 dan Samsung Omnia II lebih lamakan?

Bagaimana pula dengan Volt dengan Watt? Volt ialah satu unit ukuran untuk mengukur voltan eletrik yang melalui dua konduktor. Watt pula ialah kuasa elektrik yang digunakan. Contoh ambil sebotol air mineral yang besar bersaiz 1.0 liter dan jatuhkan pada tapak tangan anda. Berapa kali perbuatan menjatuhkan botol tadi membuatkan tapak tangan anda merasa sakit?

Katakanlah 10 kali jatuh baru rasa sakit, maknanya dengan 1.o liter botol air mineral dengan jatuhan sebanyak 10 kali akan menyebabkan tapak tangan anda merasa sakit. Jadi 10 kali itu ialah voltan dan 1.0 liter ialah kuasa. Ukuran untuk voltan ialah VOLT dan ukuran kuasa ialah WATT.

Bagaimana pula rintangan (resistance)? Rintangan ialah ukuran untuk mengukur aliran elektrik yang melalui sesuatu konduktor. Contoh analogi ada saya nukilkan pada tajuk blog saya yang lain iaitu di Clearomizer Rintangan Rendah. Ukuran untuk rintangan ialah Ohm.

Haa jadi anda sekarang boleh kaitkan kenapa bateri yang bervoltan tinggi tidak boleh digunakan ke atas konduktor yang berintangan rendah. Lagi besar kuasa bateri maka lagi besar rintangan diperlukan. Jika tidak, konduktor akan putus.

Diharap, tuan/puan dari bidang elektrik atau elektronik boleh membantu dari sudut penggunaan analogi.  JIKA ADA PENERANGAN SAYA DI ATAS YANG SALAH, HARAP TOLONG PERBETULKAN PADA RUANGAN KOMEN DI BAWAH. Saya pun suka tambah pengetahuan.

 Jangan beri kami formula seperti ini >> V=IR, W/A=kj.m2/C.s2 …. sampai bila-bila pun kami tak akan faham.

This entry was posted in Kongsi Info and tagged , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Jom Mengenal Asas Bateri dan Elektrik

  1. ezham berkata:

    saya pun bukan pakar elekrikal dan elektronik. dari bacaan saya artikel kat atas ni memang dah cukup memberikan penerangan asas bagai mana E-cig tu berfungsi.

    Macam saya buat test pakai 2 bijik 3.7 900mAh sambung jadik 7.4V. Sambung secara direct pada atomizer k’era yang ow resistance. 1 saat dah terbakar. mujur tak putus.

  2. Ali berkata:

    Satu penerangan yg cukup sempurna dan mudah utk difahami, tahniah kpd saudara inaiputih..

  3. rock berkata:

    Sangat TIDAK membantu

  4. Assamarqandi berkata:

    Sebiji bateri kereta standard 60 12volt biasanya ada berapa Amp atau mAh ??

  5. Joe berkata:

    Terima kasih tuan atas info yg berguna…..alhamdulillah sy boleh faham serba sedikit…..

  6. Mrx83 berkata:

    Terbaik bosssku

  7. Mohd Aizuddin Kamal berkata:

    rc car anak pakai bateri 1200 mah…bolehkah sy nak tukar pakai bateri 2500 mah? ada effect x kepada rc car anak sy?

Tinggalkan komen