Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1)


Free Homepage Translation

W. Chan Kim and Renée Mauborgne melalui karya mereka “Strategi Lautan Biru” cuba mencari ketidakseimbangan dengan menggunakan beberapa metodologi untuk menyokong pendapat mereka.

Bab 2 pada buku ini memperkenalkan alat analisis dan kerangka teori yang bersesuaian untuk mencipta Lautan Biru. Organisasi boleh melakukan perubahan proaktif dalam industri atau pasaran fundamental melalui beberapa aplikasi yang diperkenalkan mengikut kaedah dan kerangka Lautan Biru yang didasarkan kepada isu-isu peluang dan risiko.

Terdapat 4 prinsip panduan untuk merumuskan strategi lautan biru. Panduan itu dimuatkan dalam Bab 3 hingga 6.

Bab 3 cuba mengenalpasti kaedah sistematik yang boleh mencipta ruang pasaran tanpa saingan serta melangkaui domain industri yang pelbagai dan seterusnya menguncupkan carian risiko. Bab ini akan mengajarkan kita bagaimana untuk menjadikan saingan menjadi tidak relevan dengan cara meneroka 6 sempadan saingan yang konvensional lalu membuka ruang untuk komersial lautan biru yang penting.

6 sempadan konvesional memfokuskan kepada penerokaan yang melangkaui :

  • Industri alternatif;
  • Kumpulan strategik;
  • Kumpulan pembeli;
  • Produk komplementari dan tawaran perkhidmatan;
  • Orientasi emosi atau fungsian sesebuah industri; dan
  • Masa
Sila kongsi di Facebook

Bab 4 pula memaparkan kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi untuk merekayasa proses perancangan strategik supaya organisasi itu berupaya melangkaui penambahbaikan berterusan untuk menuju ke arah nilai inovasi. Ianya mewakili satu alternatif kepada proses perancangan strategik sedia ada yang sering dikritik kerana amalannya yang terlalu bergantung kepada kaedah statistik yang menhalang penambahbaikan berterusan.

Sekian.

Topik akan datang saya akan cuba memuatkan ringasan untuk Bab 5 dan 6

Tajuk lain –

1. Apa kata Perdana Menteri mengenai Strategi Lautan Biru?

2. Birukah Organisasi Anda?

This entry was posted in Ulasan Buku, Umum and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Strategi Lautan Biru : Ringkasan Kandungan (1)

  1. Pingback: Strategi Lautan Biru : Birukah Organisasi Anda? | Komentar Umum Inaiputih

  2. Pingback: Strategi Lautan Biru | Komentar Umum Inaiputih

  3. Pingback: Logo Halal Dari Negara Lain Tidak Boleh Pakai? | Komentar Umum Inaiputih

  4. Every weekend i used to pay a visit this web page, as i want enjoyment, since
    this this site conations truly pleasant funny data too.

  5. Ira berkata:

    You actually make it appear really easy along with your
    presentation however I find this matter to be actually something that I think I would by no means understand.
    It kind of feels too complicated and very broad for me.
    I’m having a look ahead to your subsequent post, I’ll try to get the grasp of it!

Tinggalkan komen